Utusan Borneo (Sarawak)

Kaji peraturan pemberian notis tujuh hari sebelum hadiri mesyuarat MBM

-

MIRI: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) akan mengemukak­an peraturan baharu kepada badan kehakiman bagi menggantik­an peraturan Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang mewajibkan pemberian notis tujuh hari sebelum menghadiri mesyuaratn­ya.

Setiausaha DAP Sarawak Alan Ling Sie Kiong berkata, tindakan itu adalah berat sebelah dan tidak adil kepada orang awam terutama parti lawan yang mahu mengikuti mesyuarat.

Alan berkata, mesyuarat harus telus dan terbuka kepada orang awam sebagaiman­a ditetapkan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996, Seksyen 21 (6).

“Di bawah ordinan berkenaan, tiada peraturan yang mewajibkan orang awam mengemukak­an notis tujuh hari sebelum menghadiri mesyuarat.

“DAP akan mengkaji kes ini memandangk­an ia pertama kali dilaksanak­an majlis bandar raya tempatan dan pelaksanaa­n tidak mengikut peraturan yang sewajarnya,” katanya semasa sidang media di pejabat DAP Miri.

Alan menambah, datuk bandar Miri sebelum ini tidak pernah meletakkan peraturan seumpama itu, justeru peraturan baharu itu seolah-olah sengaja menyasarka­n pihak pembangkan­g yang mahu menghadiri mesyuarat.

“Peraturan ini cuba untuk menghalang orang awam termasuk pembangkan­g untuk menghadiri mesyuarat dan mendengar keputusan yang dibuat semasa mesyuarat penuh MBM,” katanya sambil menambah, antara sebab notis diperlukan ialah bagi membolehka­n persiapan termasuk kerusi dan hidangan disediakan.

Alan berkata, alasan itu tidak munasabah kerana mereka datang bukan untuk minum dan makan sebaliknya mahu tahu perkembang­an dan pelaksanaa­n projek di bawah MBM.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon menyaranka­n agar kerajaan tempatan memastikan kontraktor tidak melanggar peraturan pekerjaan sebelum memberi tender.

Belia berkata, berdasarka­n temu bual dengan pekerja di bawah kontraktor MBM, mereka dibayar gaji harian antara RM31 hingga RM33 untuk yang bekerja sebagai tukang cuci, manakala sekuriti RM25 sehari dan mereka bekerja selama 12 jam sehari.

“Kerajaan bertanggun­gjawab memastikan ratusan pekerja di bawah kontraktor yang dilantik dibayar mengikut peraturan yang sewajarnya.

“Minimum gaji untuk Sabah dan Sarawak sebulan ialah RM920 dan gaji harian ialah antara RM35 hingga RM38,” kata Ting.

 ??  ?? TAHUN BAHARU: (berdiri dua kanan) Alan Ling, Dr Ting dan ahli DAP yang lain menunjukka­n kalendar DAP 2018 untuk diagihkan kepada orang awam.
TAHUN BAHARU: (berdiri dua kanan) Alan Ling, Dr Ting dan ahli DAP yang lain menunjukka­n kalendar DAP 2018 untuk diagihkan kepada orang awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia