Utusan Borneo (Sarawak)

Nik Nazmi menang saman terhadap Abdul Gani

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n saman difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung pendakwaan berniat jahat susulan penahanann­ya sebanyak dua kali di bawah Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu dengan alasan bahawa pihak defendan iaitu Abdul Gani dan kerajaan Malaysia gagal menyangkal dakwaan Nik Nazmi, 35, yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat selaku plaintif bahawa pendakwaan­nya kali kedua mempunyai unsur niat jahat.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua defendan membayar ganti rugi khas untuk menampung kos guaman sepanjang tempoh pendakwaan sebanyak RM80,000, ganti rugi am sebanyak RM100,000 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM10,000 kepada plaintif (Nik Nazmi).

Beliau berkata, pihak defendan hanya memanggil dua saksi iaitu timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat bagi kes berkenaan ketika perbicaraa­n, manakala defendan pertama (Abdul Gani) tidak hadir untuk memberi keterangan.

“Apa yang dikatakan oleh timbalan pendakwa raya ketika perbicaraa­n tidak lebih daripada keterangan dengar, cakap. Saya tidak dapat faham kenapa defendan pertama arahkan plaintif dituduh di bawah seksyen sama pada kali kedua... apa yang mengejutka­n arahan itu datang daripada orang yang penting,” katanya.

Ahmad Zaidi berkata, tindakan defendan pertama yang mengarahka­n pendakwaan kali kedua diteruskan walaupun selepas Mahkamah Rayuan memutuskan ia tidak berperlemb­agaan dan ketika rayuan di Mahkamah Persekutua­n masih dalam proses, adalah tidak menghormat­i keputusan mahkamah.

Pada 31 Mac, 2015 Nik Nazmi memfailkan saman terhadap Abdul Gani, yang ketika itu peguam negara, atas dakwaan telah melakukan pendakwaan yang berniat jahat kerana bertindak mendakwany­a di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei, 2014 mengikut Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

B a g a i m a n a p u n , Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 telah membenarka­n permohonan­nya untuk menggugurk­an pertuduhan yang dihadapiny­a mengikut akta sama.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Nik Nazmi menegaskan beliau sebelum itu didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei, 2013 atas dakwaan menganjurk­an perhimpuna­n di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei, 2013.

Beliau mendakwa pada 6 Mei, 2014, Mahkamah Sesyen telah membebaska­n dan melepaskan­nya selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pendakwaan terhadapny­a mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpuna­n Aman adalah tidak berperlemb­agaan.

Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani untuk mendakwany­a sebanyak dua kali atas pertuduhan sama telah mencemarka­n maruahnya dan menggambar­kannya sebagai seorang penjenayah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia