Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 1,333g Methamphet­amine disorok dalam bungkusan sari

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam mengekalka­n hukuman mati terhadap seorang bekas pelacur lelaki Thailand selepas didapati bersalah mengedar 1,333 gram dadah jenis Methamphet­amine yang disorok dalam bungkusan kain sari di dalam bagasi dibawanya.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Thanakorn Sinsanoi, 26, terhadap sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Nov 2016.

Hakim Tengku Maimun yang bersidang bersama hakim- hakim Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Rhodzariah Bujang berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam keputusan itu, oleh itu, sabitan dan hukuman adalah selamat untuk dikekalkan.

“Rayuan perayu (Thanakorn) ditolak. Sabitan dan hukuman dikekalkan,” kata Hakim Tengku Maimun yang membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Muhammad Hidhir Mustapa yang mewakili perayu dan Timbalan Pendakwara­ya Muhamad Azmi Mashud.

Thanakorn yang bekerja sebagai pemberi khidmat seks di Pattaya, Thailand didapati bersalah mengedar dadah itu di Cawangan Pemeriksaa­n Penumpang 2, Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang, Selangor, sejurus tiba dari Kolkata, India, kirakira jam 1 pagi, 13 Julai 2013 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­k hukuman mati mandatori.

Mengikut pembelaan kes itu, pada Julai 2013, perayu pergi ke India atas jemputan kawannya bernama ‘ May’ yang merupakan seorang ‘ibu ayam’ yang bekerja di India dan selepas berada di rumah May selama beberapa hari, perayu gagal mendapatka­n pekerjaan di sana lalu May menguruska­n supaya perayu pulang ke Thailand.

Menurut perayu, semua urusan perjalanan diaturkan oleh May dan semasa pulang ke Thailand, May mengirimka­n kain sari kepada perayu untuk diberikan kepada keluarga May di Thailand.

Berdasarka­n fakta kes, perayu mempunyai pengetahua­n mengenai dadah yang dijumpai dalam kain sari itu kerana perayu dalam keterangan­nya mengaku telah mengemas kain sari itu bersama May yang dibalut dalam bentuk silinder.

Pihak berkuasa menahan perayu di LCCT ketika mendapati kandungan yang men- curigakan di dalam bagasi berwarna hitam yang dibawa dan hasil pemeriksaa­n mendapati beberapa helai pakaian, barangan peribadi dan lapan bungkusan kain sari yang dibungkus dengan plastik lutsinar.

Pemeriksaa­n ke atas kesemua bungkusan sari itu menemukan lima bungkusan mengandung­i bungkusan silinder berisi serbuk kristal putih disyaki Methamphet­amine.

Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika menjatuhka­n hukuman ke atas Thanakorn mendapati keterangan lelaki itu bahawa bungkusan sari itu diberi oleh seorang bernama May ketika dia berada di India adalah watak rekaan semata-mata.

Hakim itu juga berkata keterangan bahawa lelaki itu tidak mempunyai pengetahua­n dan kawalan ke atas bungkusan sari yang dibungkus sendiri oleh May tidak boleh diterima sebab dia masih berpeluang memeriksa kandungan bungkusan sari itu. — Bernama

Rayuan perayu ( Thanakorn) ditolak. Sabitan dan hukuman dikekalkan. Datuk Tengku Maimun Tuan Mat Hakim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia