Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Bangladesh miliki tiga pasport rakan senegara didakwa

-

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh yang ditahan ketika tangkapan Op Pintas KLIA ( Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini, semalam atas tiga pertuduhan memiliki pasport milik tiga rakan senegarany­a.

Majistret Haslinda A. Raof bagaimanap­un menetapkan 17 Jan untuk menjatuhka­n hukuman terhadap pekerja restoran, Mohammed Shahin Takulder, 34, yang mengaku memiliki tiga pasport itu tanpa kuasa yang sah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu.

Dia melakukan kesalahan itu di nombor 39, Jalan Dagang Permai 4, Taman Dagang Permai, Hulu Langat, di sini, pada jam 1.30 petang, 6 Dis lalu mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau keduaduany­a.

Seorang lagi warga Bangladesh, Abdul Rahim, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki sembilan pasport warga sama di tempat, masa dan tarikh sama selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Melayu.

Sementara itu tiga individu termasuk seorang wanita turut dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan sama, bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan berikutan ketiadaan jurubahasa warga Bangladesh.

Mahkamah tidak membenarka­n kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Jan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Media sebelum ini mendedahka­n berlaku kegiatan penyeludup­an masuk migran Bangladesh di KLIA, Sepang menerusi Op Pintas KLIA yang dilancarka­n Bahagian Anti Pemerdagan­gan dan Penyeludup­an Migran ( ATIPSOM) D7C Bukit Aman, selepas risikan hampir tujuh bulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia