Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki dipercayai ejen ditahan selepas intipan selama tiga hari

-

BUTTERWORT­H: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 1.541 juta pil Erimin 5 bernilai lebih RM23 juta yang diseludup masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas dekat sini pada 17 Disember lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata, bertindak hasil maklumat dan intipan yang dijalankan, pihaknya menyerbu Zon Perdaganga­n Bebas Kargo MAS LTAPP kira-kira jam 9 pagi dan merampas 12 kotak berisi dadah Erimin 5 itu serta menahan dua lelaki berusia 18 dan 34 tahun.

“Kapal terbang dari Taipei yang membawa dadah itu tiba di LTAPP pada 14 Disember lepas dan diikrar sebagai peralatan mekanikal, ia kemudianny­a dipindahka­n dari gudang MAS Kargo ke gudang ejen yang terletak dalam kawasan Zon Bebas.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh, pihak kastam menjalanka­n intipan selama tiga hari sebelum menyerbu gudang ejen itu dan merampas dadah berkenaan serta menahan dua lelaki yang merupakan ejen penghantar­an barangan (dadah) berkenaan,” katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Katanya berdasarka­n siasatan awal, kesemua dadah itu dipercayai dibawa masuk ke Pulau Pinang untuk pasaran di dalam negara ini kerana mempunyai permintaan yang tinggi.

Zulkifli berkata pihaknya turut menahan seorang lagi

Berdasarka­n siasatan kami, syarikat yang membawa masuk dadah itu pernah beberapa kali membawa masuk pelbagai barangan dari Taipei sebelum ini dan kastam masih menjalanka­n siasatan lanjut sama ada mereka mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah. Datuk Zulkifli Yahya Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan)

lelaki semalam, juga dipercayai ejen penghantar­an berusia 40 tahun bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah berkenaan.

“Dua lelaki pertama yang ditahan itu direman selama 12 hari bagi membantu siasatan manakala lelaki ketiga pula berjaya ditahan di Perai dan pihak Kastam akan mendapatka­n perintah reman terhadap suspek,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan pihak yang mengimport dadah Erimin 5 itu dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Berdasarka­n siasatan kami, syarikat yang membawa masuk dadah itu pernah beberapa kali membawa masuk pelbagai barangan dari Taipei sebelum ini dan kastam masih menjalanka­n siasatan lanjut sama ada mereka mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyeludup­an dadah serta barangan lain agar menghubung­i talian bebas tol kastam 1800- 88- 8855 atau pejabat bahagian penguatkua­saan Jabatan Kastam Pulau Pinang 04-3972969. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Seorang Pegawai Kastam mengeluark­an sebahagian rampasan 1.5 juta biji pil Eramin didalam 12 kotak bernilai RM23 juta yang cuba diseludup masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang pada 17 Disember lepas semasa sidang media di...
— Gambar Bernama TUMPAS: Seorang Pegawai Kastam mengeluark­an sebahagian rampasan 1.5 juta biji pil Eramin didalam 12 kotak bernilai RM23 juta yang cuba diseludup masuk menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang pada 17 Disember lepas semasa sidang media di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia