Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal curi wang surau, penjenayah bakar buku agama Surau Al-Hidayah

-

JOHORBAHRU: Sebuahbuku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana gagal mencuri wang tabung di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Beh Eng Lai berkata, kejadian disedari seorang penduduk yang melalui kawasan surau itu pada jam 2.10 pagi semalam apabila melihat pintu pagar dan pintu jeriji surau terbuka.

“Lelaki berkenaan (pengadu) kemudian mengambil rakannya dan kembali ke surau itu bagi membuat pemeriksaa­n lalu mendapati seunit kipas mudah alih hilang, naskhah al-Quran dan Yassin berselerak manakala beberapa rak dan jam besar juga dialihkan dari kedudukan asal.

“Pemeriksaa­n turut mendapati barangan di dalam stor seperti lampu, vakum, al-Quran, naskhah Yassin, sejadah dan wayar elektrik turut diselongka­r,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beh berkata, lelaki terbabit dan rakannya turut mendapati beberapa helaian al-Quran dibakar berhampira­n laluan ke bilik air lalu melaporkan­nya kepada polis.

Beliau berkata siasatan polis di surau itu mendapati tiada kesan umpil pada mana-mana bahagian masuk surau, namun terdapat kesan umpil pada tabung surau selain kerosakan pada rak dan alatan dalam stor akibat diselongka­r.

Pemeriksaa­n di laluan bilik air di luar surau mendapati ada buku agama terbakar, namun, ia bukan al- Quran kerana terdapat cebisan kertas yang masih tidak terbakar yang mengandung­i perkataan rumi disyaki buku agama.

“Pemantauan dijalankan mendapati tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di tempat kejadian ataupun kawasan sekitar.

“Tiada saksi yang melihat kejadian itu dan usaha mengesan cap jari juga tidak menemukan sebarang kesan cap jari,” katanya.

Menurutnya usaha mengesan suspek sedang digiatkan.

Beh berkata, siasatan awal percaya suspek membakar buku agama itu kerana berang tidak dapat mencuri wang tabung masjid yang disimpan di dalam peti besi.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Sementara itu, pengerusi Surau Al- Hidayah Hassan Sabudin yang dihubungi berkata pintu surau berkenaan memang tidak dikunci bagi memudahkan penduduk menunaikan solat kerana ada yang mengunjung­i surau berkenaan pada waktu malam.

“Sebelum ini, memang selalu berlaku pecah masuk, biasanya penjenayah hanya masuk untuk ‘pancing’ duit dari tabung,” katanya yang mengesahka­n laporan berhubung kejadian dibuat di Balai Polis Taman Universiti, Skudai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia