Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera remaja perempuan

-

KAJANG: Polis menahan seorang penjaga pusat rawatan kesihatan di Semenyih, di sini, kelmarin bagi membantu siasatan kes dera seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, wanita berusia 41 tahun itu ditahan sejurus memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada jam 5.30 petang kelmarin.

Katanya, remaja yang tidak bersekolah dan bekerja di pusat berkenaan sejak April lepas didapati mempunyai kesan melecur di bahagian tangan, badan dan mulut.

“Mangsa sebelum itu dibawa ke rumah seorang pelanggan pada Khamis lepas di Cheras bagi melakukan rawatan urut selepas bersalin sebelum menceritak­an dia didera kepada pelanggan itu,” katanya pada sidang media di IPD Kajang, di sini semalam.

Susulan itu, pelanggan berk- enaan bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis dan hasil pemeriksaa­n awal mendapati mangsa dipercayai dipukul menggunaka­n senduk panas selain ditumbuk dan dicekik.

Mangsa yang kini masih mendapatka­n rawatan di Hospital Selayang turut mendakwa pernah dirogol seorang pelanggann­ya di Sri Petaling, Kuala Lumpur, Mei lepas.

Katanya, polis juga akan memanggil pemilik pusat rawatan kesihatan itu, wanita berusia 54 tahun yang kini sedang mendapatka­n rawatan jantung di Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata bayi perempuan yang berusia 10 bulan dipercayai didera disahkan mengalami kerosakan buah pinggang.

Katanya, hasil siasatan juga mendapati punca mangsa didera dipercayai kerana kerap menangis selain mendapati suspek turut menumbuk dan menghempas mangsa ke lantai.

Bernamaseb­eluminimel­aporkan ibu kepada seorang bayi perempuan berusia 10 bulan dan teman lelakinya ditahan di Ampang serta Kajang pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Wanita dan lelaki masingmasi­ng berusia 21 dan 25 tahun itu ditahan sejurus laporan dibuat oleh lelaki berkenaan kira-kira jam 2.45 pagi Jumaat lepas.

Terdahulu, Ahmad Dzaffir menyaksika­n majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kajang yang baharu DSP Rodney Pasla Harris.

Beliau menggantik­an Supt Zulkifli Abu Bakar yang kini bertugasse­bagaiTimba­lanKetua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, Sepang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAM: Ahmad Dzaffir (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar kesan penderaan yang dialami seorang kanak-kanak perempuan ketika sidang media berkenaan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.
— Gambar Bernama KEJAM: Ahmad Dzaffir (dua kiri) bersama pegawainya menunjukka­n gambar kesan penderaan yang dialami seorang kanak-kanak perempuan ketika sidang media berkenaan kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia