Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia gah di persada dunia Negara dikunjungi beberapa tetamu penting luar sepanjang 2017

-

KUALA LUMPUR: Kalendar hubungan antarabang­sa Malaysia bagi 2017 diwarnai dengan pelbagai pendekatan untuk memperkuku­h kerjasama diplomatik menerusi pelbagai pendekatan selain siri lawatan pemimpin dan kunjungan hormat pemimpin tertinggi luar negara.

Kalendar hubungan antarabang­sa Malaysia dipahat seawal Februari apabila Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al- Saud melawat Malaysia dalam usaha mengukuhka­n perkongsia­n dan hubungan persaudara­an yang dijalinkan kedua-dua negara.

Lawatan atas jemputan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V turut membawa berita gembira apabila Raja Salman bersetuju menambah kuota haji rakyat Malaysia tahun ini kepada 30,200 jemaah berbanding 27,900 sebelum ini.

Kunjungan itu juga merintis penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa King Salman (KSCIP) di negara ini, untuk menangkis pengaruh ekstremis dan kegiatan keganasan serta mempromosi­kan keamanan sejagat.

Pada Mei, lawatan kerja lima hari perdana menteri ke China untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Ekonomi umpama serampang dua mata apabila ia turut berjaya meraih pelbagai peluang pelaburan dalam bidang infrastruk­tur untuk memajukan negara.

Ketika di Beijing, perdana menteri juga mengadakan mesyuarat dua hala secara berasingan dengan Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

Pada Mei juga, Najib menyertai pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sidang Kemuncak ArabIslam-AS di Riyadh, yang menyenarai­kan keselamata­n dan memerangi keganasan sebagai agendanya.

Lawatan itu disifatkan sebagai berjaya apabila Malaysia diletakkan pada barisan hadapan dalam usaha memerangi keganasan selain antara 10 negara yang berperanan untuk pembanguna­n dan operasi Pusat Global bagi Memerangi Ideologi Ekstremis yang berpangkal­an di Riyadh, di samping negara lain termasuk Arab Saudi dan AS.

Seterusnya pada September, pertemuan Najib-Trump di Rumah Putih ketika dalam rangka lawatan tiga hari ke AS mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabang­sa.

Kunjungan Najib atas jemputan Trump itu amat signifikan kerana diadakan sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik keduadua negara.

Walaupun pertemuan itu menimbulka­n pelbagai spekulasi dan tohmahan khususnya daripada pembangkan­g, Najib menyifatka­n perbincang­an beliau dengan presiden baharu AS itu sebagai ‘pertemuan yang positif dan mesra’.

Dalam pada itu, lawatan rasmi enam hari perdana menteri ke India pada April atas undangan Perdana Menteri India Narendra Modi telah mencorakka­n semula hubungan diplomatik kedua-dua negara yang kini berusia 60 tahun.

Lawatan itu yang membawa beliau ke Chennai, New Delhi dan Jaipur itu disifatkan perdana menteri menggambar­kan komitmen kedua- dua negara untuk mengukuhka­n dan meningkatk­an kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Sempena lawatan itu menyaksika­n jumlah pelaburan bernilai AS$ 36 billion (RM158.4 bilion), termasuk AS$ 32 bilion di Malaysia melalui 31 MoU dimeterai sekali gus jelas menunjukka­n keyakinan kerajaan India dan syarikat terkemuka negara itu terhadap suasana pelaburan dan ekonomi di Malaysia.

Juga penting dalam diari diplomatik negara tahun ini ialah apabila perdana menteri dikurniaka­n anugerah ‘King Hamad ( Al Nahda) First Medal’ yang disampaika­n oleh Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa.

Perdana Menteri diberi penghormat­an sebagai pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain yang diwujudkan dua tahun lalu.

Selain itu, 2017 juga menyaksika­n negara menerima beberapa tetamu penting dunia seperti Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom pada November tahun ini.

Kunjungan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada rangka lawatan 11 hari ke Singapura, Malaysia dan India, bertujuan mengukuhka­n hubungan antara Britain dan Asia.

Malaysia juga turut menerima lawatan pemimpin dunia lain seperti Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani, Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa serta Gabenor Jeneral New Zealand Dame Patsy Reddy yang membuat kunjungan bersejarah sekali gus mengukuhka­n hubungan yang terjalin atas dasar pertalian sejarah yang erat.

Dalam pada itu, lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh bagi melihat sendiri keadaan pelarian turut menerima perhatian dunia.

Lawatan tersebut memberi mesej jelas kepada dunia bahawa Malaysia mengambil serius berkenaan isu tersebut dan mahukan penyelesai­an jangka panjang terhadap penindasan etnik itu di wilayah Rakhine, Myanmar yang hingga kini tiada penghujung­nya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMAT DIKEBUMIKA­N: Sebahagian anggota keluarga serta rakan Shahnon mengaminka­n bacaan doa selepas jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, semalam.
— Gambar Bernama SELAMAT DIKEBUMIKA­N: Sebahagian anggota keluarga serta rakan Shahnon mengaminka­n bacaan doa selepas jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU BANTUAN: Pasangan kembar Amirul Husaini (kanan) dan Amirul Husaini serta adik mereka, Amirul Hasmawi (berdiri, kiri) mengalami masalah meneruskan persekolah­an kerana kesempitan hidup selepas kematian bapa dan kini ibu mereka Fadilahwat­i tidak boleh berjalan di samping mengalami penyakit batu karang dalam buah pinggang.
— Gambar Bernama PERLU BANTUAN: Pasangan kembar Amirul Husaini (kanan) dan Amirul Husaini serta adik mereka, Amirul Hasmawi (berdiri, kiri) mengalami masalah meneruskan persekolah­an kerana kesempitan hidup selepas kematian bapa dan kini ibu mereka Fadilahwat­i tidak boleh berjalan di samping mengalami penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia