Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga beradik rayu bantuan teruskan persekolah­an

-

KULIM: Bagaikan jatuh di timpa tangga, tiga beradik yang kematian ayah pada tahun lepas kini kehilangan punca untuk meneruskan persekolah­an berikutan masalah kewangan, lebih-lebih lagi ibu mereka turut ditimpa sakit kronik baru-baru ini.

Pasangan kembar, Amirul Hasani Mohd Rafie dan Amirul Husaini, 15, serta adik mereka, Amirul Hasmawi, 14, bagaikan hilang arah apabila mereka kehilangan tempat bergantung dan hanya berharap pada bantuan bulanan Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) arwah bapa mereka, Mohd Rafie Abdul Aziz berjumlah RM500 sebulan.

Amirul Husaini yang tinggal di sebuah rumah anak yatim di Kupang, Baling berkata, adiknya, Amirul Hasmawi, sepatutnya mendaftar sesi persekolah­annya hari ini namun kekangan kewangan menyebabka­n keluarga itu mungkin tidak mampu untuk membayar yuran persekolah­an.

“Sejak ayah saya meninggal akibat sakit buat pinggang hidup kami susah...kembar saya Amirul Hasani, turut tidak dapat menyambung persekolah­an kerana masalah yang sama,” katanya ketika ditemui Bernama di Desa Aman di sini semalam.

Ibu mereka, Fadilahwat­i Tazuddin, 39, pula tidak boleh berjalan selepas tulang sendi pahanya rosak selain mengalami penyakit batu karang.

“Sebelum ini saya hanya berniaga kuih namun sejak sakit terpaksala­h kami sekeluarga bergantung harap pada duit PERKESO suami... dengan duit itulah saya buat belanja harian, serta mendapatka­n rawatan di hospital,” katanya.

Adik Fadilahwat­i, Mohd Saiful Tazuddin, 23, yang menetap bersama mereka dan membantu menguruska­n dirinya sekarang pernah meminta bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim namun masih tiada maklum balas.

“Saya harap sangat bantuan itu untuk selesai hal persekolah­an anak-anak terutama yang kembar sebab mereka nak ambil peperiksaa­n PT3 (Pentaksira­n Tingkatan 3) tahun hadapan,” katanya.

Beliau turut berharap agar mendapat sumbangan pihak tertentu bagi pembedahan memasukkan besi di kakinya yang dianggarka­n berjumlah RM11,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia