Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Johor mula bersedia dengan pembungkus­an biorosot

-

PUTRAJAYA: Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang digubal untuk memperkema­s tindakan kawalan dan penguatkua­saan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara akan berkuat kuasa Jumaat, 29 Disember.

Menurut kenyataan Kementeria­n Dalam Negeri, tarikh penguatkua­saan akta itu yang ditetapkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN dibuat ber- dasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799].

“Penggubala­n akta ini juga memberi punca kuasa bagi penubuhan sebuah agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ( AKSEM) yang bertanggun­gjawab untuk mengawal kegiatan penyeludup­an atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undangunda­ng di sempadan darat negara,” menurut kenyataan itu. — Bernama JOHOR BAHRU: Tempoh bertenang selama setahun bermula Januari ini sebelum penguatkua­saan sepenuhnya penggunaan pembungkus­an biorosot atau mudah urai di Johor dilihat mendapat perhatian masyarakat yang rata-rata mula membuat persediaan ke arah misi berkenaan.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi perniagaan di sekitar bandar raya ini mendapati kebanyakan mereka, terutamany­a peniaga, sudah bersedia melaksanak­an arahan itu yang antara lain bertujuan memastikan kelestaria­n alam sekitar.

Pengusaha restoran Roslan Ibrahim berkata dia sudah mengetahui mengenai penguatkua­saan tersebut dan telah bersedia lebih awal dengan menggunaka­n plastik pembungkus­an boleh urai berbanding polistiren­a.

“Usaha kerajaan negeri ini sememangny­a baik kerana sedikit sebanyak dapat mengelakka­n pencemaran alam terutama di Johor iaitu antara negeri yang mempunyai banyak industri dan berkembang pesat,” kata pengusaha berumur 57 tahun itu.

Sementara itu, Huzaim Mohd Lep yang berniaga makanan hampir 35 tahun, berharap lebih banyak bekalan pembungkus makanan biorosot pada harga berpatutan disediakan kerana peniaga menggunaka­n bekas makanan dalam kuantiti yang banyak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia