Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa pastikan anak patuhi peraturan keselamata­n jalan raya

-

ALOR SETAR: Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Kedah menasihatk­an ibu bapa untuk memastikan anak mereka yang membawa kenderaan khususnya motosikal ke sekolah, agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Pengarah jabatan itu Chan Pei Hong berkata ini kerana kebiasaann­ya berlaku peningkata­n hingga 30 peratus jumlah pengguna jalan raya pada hari pertama persekolah­an yang mampu menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

“Saya nak ingatkan ibu bapa supaya pastikan anakanak ada lesen memandu dan pakai topi keledar yang ada kelulusan SIRIM untuk ke sekolah.

“Bagi anak-anak yang baharu masuk sekolah juga kena bimb- ing mereka kerana mereka tidak dapat menjangkak­an apa yang akan berlaku di persekitar­an sekolah yang baharu dan terdedah kepada kemalangan,” katanya kepada pemberita pada program wawancara khas keselamata­n jalan raya bersama media di sini, semalam.

Statistik JKJR Kedah menunjukka­n penunggang dan pembonceng motosikal yang terdiri daripada pelajar terus menjadi penyumbang utama kepada kadar kemalangan jalan raya sejak 2011 hingga 2015.

Menurut rekod, sebanyak 1,696 penunggang dan pembonceng motosikal berusia 11 hingga 25 tahun maut dalam kemalangan jalan raya pada 2011 dan jumlahnya meningkat kepada 1,816 orang pada 2015. — Bernama

Siapalah yang ingin menjamu selera jika melihat terdapat ribuan lalat menghurung kedai kami, makanan dan minuman jika dihidangka­n pula terpaksa ditutup bagi mengelakka­n dimasuki serangga itu. Sudah pelbagai ubat saya gunakan bagi menghapusk­annya tetapi

kesan.” ia tetap datang tanpa apa-apa Saroddin Sidek Pemilik warung

“Keadaan bertambah buruk setiap kali ayam dibawa keluar dari reban untuk dijual kaedah penternaka­n di dalam reban tertutup.

“Pengusaha masih meng- gunakan kaedah lama iaitu menternak dalam reban terbuka. Ini berbeza dengan kaedah terkini di mana ayam diternak dalam reban tertutup dan ia pastinya menghalang sebarang pembiakan serangga termasuk lalat.

Kami terpaksa hidup dalam keadaan amat tidak selesa,” katanya.

Pemilik warung, Saroddin Sidek, 46, berkata pendapatan beliau dan peniaga makanan lain di kawasan itu amat ter- jejas kerana pelanggan jijik dengan situasi premis yang sentiasa dihurungi lalat.

“Siapalah yang ingin menjamu selera jika melihat terdapat ribuan lalat menghurung kedai kami, makanan dan minuman jika dihidangka­n pula terpaksa ditutup bagi mengelakka­n dimasuki serangga itu.

“Sudah pelbagai ubat saya gunakan bagi menghapusk­annya tetapi ia tetap datang tanpa apa-apa kesan,” katanya.

Seorang daripada penduduk, Rahmah Ali, 38, berkata, akitiviti-aktiviti seharian mereka terganggu rentetan masalah berkenaan yang tiada kesudahan.

“Bayangkan apabila ada kenduri kendara di sini, pasti tetamu yang hadir terutama orang luar berasa tidak selesa. Sedikit sebanyak mereka risau mendapat penyakit apabila menikmati juadah disediakan berikutan terdapat begitu banyak lalat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia