Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan awal persekolah­an bukti kerajaan selami masalah rakyat

-

MELAKA: Bantuan awal persekolah­an yang disalurkan pelbagai agensi kerajaan menjelang pembukaan sesi persekolah­an merupakan bukti jelas bahawa kerajaan sentiasa prihatin dalam menyelami permasalah­an yang dihadapi rakyat kini.

Penarik beca Mohd Rasul Abdul Samad, 40, berkata bantuan awal persekolah­an berbentuk kelengkapa­n sekolah bernilai RM200 yang diterima anaknya dapat mengurangk­an beban ditanggung berikutan pendapatan­nya tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dan tidak pernah meminggirk­an golongan kurang berkemampu­an seperti kami.

Ini menunjukka­n sikap pimpinan kerajaan mampu menyelami perasaan dan kehidupan setiap rakyat yang kesusahan serta kurang bernasib baik,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Bantuan Pelajar Sekolah Rendah oleh Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ( TAPEM) bagi sesi akademik 2018 di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini yang disempurna­kan Exco Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka Datuk Seri Latiff Tamby Chik.

Pada majlis itu, 390 murid sekolah rendah pelbagai kaum dari Bandar Hilir, Duyong, Kota Laksamana, Telok Mas dan Kesidang menerima sumbangan persekolah­an bernilai RM200 seorang berbentuk kelengkapa­n persekolah­an termasuk baju, seluar, beg, kasut dan stokin.

Mohd Rasul berkata, beliau pernah menjalani pembedahan akibat tumor otak pada Jun tahun lepas menyebabka­n beliau tidak berupaya keluar mencari rezeki hingga gagal membayar sewa rumah RM600 selama enam bulan namun bernasib baik apabila mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.

“Saya pernah memohon bantuan daripada Ketua Menteri (Datuk Seri Idris Haron) dan beliau meminta saya untuk membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Melaka.

“Alhamdulil­lah, kini saya merupakan seorang daripada penerima bantuan bagi kategori asnaf,” katanya.

Marlini Mohd, 41, pula berkata bantuan yang diterima anaknya itu sedikit sebanyak dapat membantu meringanka­n bebannya yang hanya menjalanka­n perniagaan secara kecil-kecilan, bagi membeli barang keperluan sekolah anaknya.

“Sumbangan ini amat bermakna dan meringanka­n bebanan yang ditanggung memandangk­an tiga orang anak bersekolah tahun depan, lebih- lebih lagi saya bertanggun­gjawab menyara keluarga selepas suami meninggal dunia pada September lepas akibat kemalangan,” katanya.

Marlini berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, ibu tunggal sepertinya memerlukan perbelanja­an yang besar bagi menampung keperluan persekolah­an anak-anak apatah lagi dia kini hilang tempat bergantung.

“Jadi insentif seperti ini diharap dapat diteruskan kerajaan pada masa akan datang bagi membantu meringanka­n bebanan yang ditanggung oleh golongan kurang bernasib baik,” katanya sebak.

Pengurus Besar Tapem Mustafa Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menitikber­atkan aspek pendidikan dan penyaluran bantuan awal persekolah­an itu merupakan inisiatif dalam membantu meringanka­n bebanan golongan ibu bapa yang berpendapa­tan rendah.

“Kita tidak memilih bulu dalam menyalurka­n bantuan awal persekolah­an sama ada kawasan yang ditadbir atau pun sebaliknya (kawasan pembangkan­g),” katanya.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia