Utusan Borneo (Sarawak)

Pengurus City itu akan menggilirk­an skuadnya pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle di St James’ Park hari ini

-

NEWCASTLE, England: Pep Guardiola akan menggilirk­an skuadnya ketika bakal mencipta sejarah baharu bola sepak Eropah apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu Manchester City bertandang ke Newcastle United hari ini.

Skuad kendalian Guardiola membelasah Bournemout­h Sabtu lepas untuk mencipta kemenangan ke-17 berturut-turut dalam liga, kurang dua kemenangan dari rekod semasa untuk lima liga utama di Eropah, yang dicipta oleh Bayern Munich, yang dibimbing Guardiola ketika itu.

Tetapi ketika City terus bersaing untuk empat pertanding­an, dan cuba mengharung­i jadual padat pada tempoh Krismas, Guardiola lebih berminat untuk memastikan pemain bintangnya mengekalka­n permainan yang baik berbanding mencipta rekod baharu.

“Lebih, saya tidak fikir ia satu masalah. Ia mungkin berlaku tetapi kami mempunyai skuad yang bagus,” kata Guardiola.

“Gabriel (Jesus) tidak bermain menentang Bournemout­h – beliau bermain 120 minit menentang Leicester (dalam Piala Liga) dan beliau adalah pemain terbaik ketika menyerang. Beliau banyak membantu serangan kami.

“Danilo, Bernardo, (Ilkay) Gundogan membantu kami ketika menentang Bournemout­h. Kami mempunyai Yaya (Toure).

“Perlawanan terakhir, ( Oleksandr) Zinchenko adalah pemain terbaik perlawanan dan beliau tidak berada dalam skuad menentang Bournemout­h.

“Sudah tentu kami akan menggilirk­an skuad dalam tempoh ini. Kami mempunyai satu perlawanan dalam setiap empat hari. Semua pemain yang sudah bermain sebelum ini, akan bermain di masa hadapan.”

Apa pun, jadual perlawanan bagaimanap­un lebih memihak kepada City dari segi kualiti lawan sepanjang tempoh Krismas dan Tahun Baharu, dengan Crystal Palace menjadi lawan City selepas menentang Newcastle dan kemudian menanti kunjungan Watford – dengan kesemua tiga kelab itu bergelut mencari rentak permainan.

Ada prospek di mana menjelang pertemuan menentang Liverpool pada pertengaha­n bulan Januari, mereka sudah memecah rekod dan mencipta kemenangan liga ke20 berturut-turut – sesuatu yang boleh menjadi motivasi buat Guardiola.

“Semua itu bermakna kami sudah memenangi banyak perlawanan. Sejak bulan Ogos, kami sudah menang banyak perlawanan dan kerana itulah kami berasa gembira,” kata beliau.

“Hidup kami lebih baik apabila menang, ia perkara mudah. Tetapi saya tidak akan tidur memikirkan jika kami akan memecah rekod saya ketika di Bayern. Ia bukan sesuatu yang istimewa.

“Ia tentang Newcastle. Saya tidak melihat lebih jauh dari itu. Kami harus mengekalka­n rentak untuk mencipta kemenangan.”

Guardiola menjangkak­an Vincent Kompany mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama menentang Newcastle selepas kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan ketika menentang Bournemout­h.

Dan pemainnya simpananny­a, Gundogan, Bernardo dan Jesus hampir pasti akan turut diturunkan dalam kesebelasa­n utama perlawanan di St James’ Park.

Sementara itu, Rafael Benitez menggesa Newcastle untuk membina rentak kemenangan selepas menewaskan West Ham United 3-2 sebe- lum ini, kemenangan pertama sejak lebih dari dua b u l a n u n t u k mengeluark­an kelab dari zon penyingkir­an.

N e w - c a s t l e b e r a d a dua mata di atas zon penyingkir­an ketika cuba memperbaik­i rekod buruk di tempat sendiri menentang City, yang belum tewas dalam 10 kunjungan terakhir di St James’ Park.

“Kami berada dalam tempoh yang buruk tetapi kami terus bekerja- keras dan mengekalka­n kepercayaa­n,” kata Benitez.

“Kemenangan memberikan kami perangsang keyakinan dan ia pastinya bagus jika kami boleh mengekalka­nnya apabila menentang Manchester City.”

Benitez, yang terpaksa melakukan perubahan ketika menentang West Ham kerana masalah kesihatan dan kecederaan pemain, berharap untuk mempunyai lebih banyak pilihan pada perlawanan menent a n g City. Penyerang Aleksandar Mitovic sekali lagi diragui dengan masalah kecederaan belakang tetapi pemain tengah, Jonjo Shelvey dijangka akan kembali selepas penggantun­gan dua perlawanan. “Kami akan menilai pemain dalam beberapa hari akan datang dan memilih skuad untuk bermain h a b i s - h a b i s a n m e n e n - t a n g C i t y , ” kata Benitez. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? Jesus (atas) akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle di St James’ Park hari ini. GUARDIOLA
— Gambar Reuters Jesus (atas) akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle di St James’ Park hari ini. GUARDIOLA
 ??  ?? LINCAH:
LINCAH:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia