Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizens diberikan rehat tambahan sehari: Mourinho

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menyindir kelab jiran Manchester City pada Hari Krismas dengan mendakwa pendahulu Liga Perdana Inggeris itu diberikan kelebihan tidak adil bermain sehari lebih lewat berbanding pasukannya.

United menentang Burnley di Old Trafford pada hari semalam (Selasa) tetapi City, yang berkelebih­an 13 mata di hadapan United, hanya bermain pada hari ini apabila bertandang ke Newcastle United.

Keputusan seri 2-2 di Leicester City adalah perlawanan pertama dari empat perlawanan buat United dalam tempoh 10 hari.

“Saya bukan hanya berkata tentang kelebihan pasukan dengan enam hari untuk rehat dan untuk bergembira selain membuat persediaan lebih panjang untuk perlawanan seterusnya, tetapi juga mereka dengan kelebihan sehari berbanding kami, sebagai contoh mereka yang bermain esok (Rabu) – ia bermakna mereka ada rehat tambahan sehari,” kata Mourinho k e p a d a Sky Sports News.

“Ia bermakna mereka tidak akan berlatih hari ini (Isnin), ia bermakna mereka boleh berlatih esok dan membuat persediaan. Masalah yang saya lihat di sini ialah perbezaan di antara beberapa pasukan. “Tetapi apa yang saya panggil kecederaan Disember dalam bola sepak Inggeris sudah tiba. Beberapa pemain meninggalk­an padang selepas hanya 15 atau 20 minit, pemain lain tidak dapat bertahan selama 90 minit. “Sudah tentu ia bergantung kepada banyak faktor tetapi pintu terbuka untuk apa yang saya panggil kecederaan Disember.” Mourinho juga mengakui tempoh Krismas adalah masa yang sukar untuk beliau kerana ia adalah kali pertama semenjak kematian ayahnya, Jose Manuel Mourinho Felix pada bulan Januari. “Ia adalah Krismas pertama tanpa ayah saya dan saya fikir ia adalah apa yang paling sukar,” kata beliau. — AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia