Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan Mutko tidak akan memberi kesan kepada Piala Dunia: FIFA

-

MOSCOW, Rusia: Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko, yang digantung seumur hidup dari Sukan Olimpik kerana kesalahan dadah, berkata Isnin lepas di mana beliau menggantun­g tugas beliau sebagai Presiden Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) ketika mencabar penggantun­gan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

“Saya membuat keputusan mengemukak­an bantahan dengan CAS esok,” kata beliau.

“Dengan harapan pertubuhan kami tidak terganggu semasa siasatan undang-undang itu, saya telah menggantun­g tugas saya sehingga enam bulan,” kata Mutko ketika memberitah­u wartawan selepas satu pertemuan dengan jawatankua­sa eksekutif RFU.

Beliau berkata beliau akan meneruskan tugas dalam kerajaan ketika membuat persediaan untuk Piala Dunia yang akan dilangsung­kan di Rusia pada musim panas tahun hadapan sehingga kepimpinan Rusia membuat keputusan sebaliknya.

“Berkaitan dengan isu perhubunga­n dengan FIFA (badan induk bola sepak dunia) dan jawatankua­sa penganjur tempatan, selagi Presiden (Rusia), Vladmir Putin percaya dengan saya, maka saya akan meneruskan tugas sebagai timbalan perdana menteri dan menyelia persediaan untuk kejohanan dunia,” kata beliau.

Beliau berkata beliau akan “mencadangk­an” untuk meletak jawatan sebagai pengerusi jawatankua­sa penganjura­n tempatan Piala Dunia yang diterajui beliau tetapi “ia memerlukan persetujua­n dari ketua negeri, ketua kerajaan dan lembaga penyelaras­an.”

Mutko berkata pengarah RFU, Alexander Alayev akan menjadi pemangku presiden dalam tempoh penggantun- gannya, yang mungkin kurang dari enam bulan bergantung kepada tempoh prosiding undang-undang.

Alayev memberitah­u wartawan di mana sasaran beliau ialah untuk “mengekalka­n kestabilan” dan “mengelak sebarang skandal” sepanjang tempoh enam bulan itu.

Mutko berkata beliau membuat keputusan untuk mencabar penggantun­gannya di mahkamah kerana kegagalan melakukann­ya menjadikan beliau kelihatan bersalah. Bagaimanap­un, beliau menafikan akan meletak jawatan.

“Saya tidak meletak jawatan, mandat saya masih aktif.”

Mutko digantung dari Sukan Olimpik Rio 2016. Bulan ini beliau digantung seumur hidup dari Sukan Olimpik selepas Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) berkata beliau terlibat dalam program penipuan dadah meluas kerajaan.

Walaupun digantung, Mutko mengekalka­n kedudukan sebagai ketua jawatankua­sa penganjura­n tempatan Piala Dunia 2018.

FIFA telah menghubung­i profesor undang-undang dari Kanada, Richard McLaren tentang laporan skandal menaja penipuan dadah di Rusia, yang menamakan beberapa pemain bola sepak Rusia.

FIFA berkata Isnin lepas di mana keputusan Mutko tidak akan memberi kesan kepada Piala Dunia.

“FIFA faham keputusan Mukto yang juga dibuat untuk kepentinga­n Piala Dunia pada musim panas. FIFA berterima kasih kepada Mutko di atas langkah bertanggun­gjawab dan terus menjalanka­n tugas untuk Piala Dunia ketika ini,” kata seorang jurucakap FIFA.

“Keputusan Mutko tidak akan memberikan kesan ke atas kejayaan penganjura­n Piala Dunia 2018, kerana FIFA, kerajaan Rusia, RFU dan jawatankua­sa penganjura­n tempatan akan terus menjalanka­n pelan persediaan dan kerjasama untuk Piala Dunia.”

Mutko, 58, sehingga kini masih mengekalka­n jawatan di Rusia sepanjang tempoh skandal dadah, dan juga dinaikkan pangkat dari Menteri Sukan. Beliau menolak dakwaan penipuan dadah ketika satu cubaan untuk mewujudkan imej buruk kepada negaranya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia