Utusan Borneo (Sarawak)

Tamatkan tahun dengan menjadi pemain nombor satu dan dua dunia

-

PARIS, Perancis: Diketepika­n sebagai tidak mampu bersaing, Roger Federer dan Rafael Nadal menafikan kebarangka­lian dengan menguasai kejohanan Grand Slam pada 2017 sementara sumpah kecederaan yang menyelubun­gi lawannya juga akan menjadi perhatian untuk tahun baharu 2018.

Federer, yang mencecah usia 37 tahun pada 2018, memenangi kejuaraan Grand Slam yang ke-19 dalam kerjayanya apabila memenangi Terbuka Australia buat kali kelima, di mana beliau menewaskan Nadal dalam lima set sebelum mencipta rekod kejuaraan Wimbledon buat kali kelapan dengan menewaskan Marin Cilic di final. Nadal, 32 pada bulan Jun t a h u n hadap a n , j u g a tidak

Ia merupakan tahun yang hebat bagi saya. Roger Federer Pemain ranking nombor dua dunia

mahu mengalah dengan memenangi kejuaraan Terbuka Perancis untuk rekod kali ke-10 dan kejuaraan Terbuka AS (Amerika) buat kali ketiga selain menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia.

Federer menamatkan tahun ini sebagai pemain kedua dunia, selepas bermula di ranking ke16 dan menerajui senarai pemenang dengan tujuh kejuaraan – termasuk tiga kejuaraan Siri Master di Indian Wells, Miami dan Shanghai – walaupun tidak langsung bermain sepanjang musim permukaan tanah liat.

“Ia merupakan tahun yang hebat bagi saya,” kata Federer, yang tidak bermain pada enam bulan terakhir tahun lepas kerana kecederaan.

Nadal menambah dua lagi kejuaraan Siri Master di Monte Carlo dan Madrid dengan kejuaraan di Terbuka Perancis dan Terbuka AS, menamatkan musim dengan enam kejuaraan.

Beliau juga menamatkan tahun dengan pemain ranking nombor satu dunia buat kali keempat.

“Saya tidak pernah bayangkan saya akan menamatkan musim selaku pemain nombor satu dunia pada akhir tahun sekali lagi,” kata jaguh dari Sepanyol itu.

“Ia bukan sasaran saya ketika memulakan musim. Selepas kembali dari satu tempoh sukar dalam kerjaya dan bergelut dengan kecederaan, ia tidak pernah terlintas untuk saya.”

Nadal akan memulakan tahun baharu tanpa pakcik, yang juga jurulatihn­ya sejak dari kecil, Toni.

Tetapi satu perkara tetap sama – berdepan kecederaan lutut sepanjang kerjayanya.

Beliau terpaksa menarik diri selepas satu pusingan pada kejohanan Final Jelajah Dunia dan sudah menarik diri dari kejohanan pertunjukk­an di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula 28 hingga 30 Disember ini.

Dengan syarat pulih dari kecederaan, Nadal akan memulakan tahun 2018 sebagai pilihan pertama kejohanan di Brisbane minggu hadapan dengan kejuaraan Grand Slam Terbuka Australia bermula 15 Januari.

Beliau bukan satu-satu pemain elit yang diselubung­i kecederaan.

Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray dan Stanislas Wawrinka, tidak bermain sejak Wimbledon – dengan Murray mengalami kecederaan tulang pinggul sementara Wawrinka memerlukan dua pembedahan di bahagian lutut.

Murray menangguhk­an kedatangan ke Australia sementara Wawrinka menyertai Nadal menarik diri dari kejohanan di UAE.

Nova, Djokovic akan bermain di UAE dengan bekas pemain nombor satu dunia itu kembali beraksi buat kali pertama sejak di Wimbledon.

Djokovic kini berada pada ranking ke-12 dunia, Murray di ranking ke-16 dan Wawrinka memulakan tahun baharu di ranking kesembilan.

“Ia tidak mengejutka­n jika tahun 2018 berhasil untuk mereka seperti ia berhasil bagi saya dan Rafa,” ramal Federer.

Tahun baharu juga mungkin menyaksika­n pemain muda berbakat Alexander Zverev, akan memenangi kejuaraan Grand Slam yang pertama selepas tahun 2017 menyaksika­n beliau memenangi lima kejuaraan. — AFP

 ??  ?? NADAL
NADAL
 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia