Utusan Borneo (Sarawak)

Perlis sasar ke Liga Perdana 2019

-

KANGAR: Ketua jurulatih pasukan bola sepak Perlis, Manja Man menyasarka­n untuk membawa pasukan bimbangann­ya itu ke Liga Perdana pada musim 2019.

Katanya bertanding dalam Liga FAM pada musim 2018 adalah permulaan yang baik bagi membina semula pasukan itu yang pernah digelar ‘Singa Utara’ semasa kemuncak kegemilang­annya pada lewat 1980-an.

“Pasukan sekarang dibarisi pemain muda, kebanyakan­nya bekas pemain Piala Presiden Perlis dan beberapa negeri serta 10 pemain musim 2017 seramai 25 orang, justeru saya rasa lebih mudah membentuk pasukan Perlis.

“Dalam latihan yang bermula minggu lepas, saya menekankan keazaman, kesungguha­n dan disiplin untuk men- capai matlamat yang disasarkan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Manja yang merupakan bekas pemain pertahanan Perlis pada era 1980- an dan 1990- an itu dibantu dua jurulatih iaitu Shamsyahri­l Shuib dan Ahmad Jazree.

Beliau pernah menjadi pembantu kepada ketua jurulatih, Abdul Rahman Ibrahim semasa Perlis bersaing dalam Liga Su- per pada 2006.

Manja pernah melatih pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis menghadapi kejohanan bola sepak antara pusat- pusat pengajian tinggi dari 2012 hingga 2016.

Sepanjang bawah bimbingann­ya, UiTM Perlis muncul juara dua kali pada 2012 dan 2013 dan naib juara pada 2014, 2015 dan 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia