Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa terakhir pemilihan pemain Piala Presiden-SUKMA 2018, 28-30 Disember

-

KUCHING: Fasa terakhir pemilihan pemain skuad Piala Presiden 2018 dan SUKMA 2018 Sarawak diadakan pada 28 hingga 30 Disember ini.

Ketua Jurulatihn­ya, Mohamad Mentali berkata beliau menyasarka­n sejumlah 30 pemain dari Zon Utara, Tengah dan Barat menyertai sesi pemilihan terakhir itu.

Katanya, pemain-pemain dari tiga zon itu akan bergabung dengan 25 pemain Zon Selatan dari Kuching, Serian dan Samarahan yang telah menjalani pemilihan awal sebelum ini.

“Pemilihan terakhir akan diadakan pada 28 hingga 30 Disember ini di Padang C dan Padang D, Kompleks Stadium Sarawak.

“Pemilihan akan diadakan dalam dua sesi di mana sesi pertama bermula jam 8 hingga 11 pagi manakala sesi kedua jam 3 hingga 6 petang,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini, dua sesi pemilihan diadakan iaitu pada 2 dan 3 Disember dan fasa kedua pada 9 dan 10 Disember di Padang C di sini.

Menurut Mohamad, pihaknya dijangka mengumumka­n senarai nama 30 pemain skuad itu sebaik sesi latihan itu berakhir.

“Sudah tentu kita hanya mencari yang terbaik untuk membawa cabaran negeri pada dua kejohanan itu nanti.

“Saya berharap mereka yang menjalani sesi pemilihan itu memberikan yang terbaik agar dipilih dalam skuad Sarawak,” katanya.

Saingan Piala Presiden 2018 dijangka bermula pada penghujung Februari tahun depan.

 ??  ?? MOHAMAD MENTALI
MOHAMAD MENTALI
 ??  ?? BERSEDIA: Atlet-atlet taekwondo muda dan jurulatih dari Taiwan dan Vietnam bersama (barisan ketiga dari lima kanan) Azizul, Tan dan Hadysham.
BERSEDIA: Atlet-atlet taekwondo muda dan jurulatih dari Taiwan dan Vietnam bersama (barisan ketiga dari lima kanan) Azizul, Tan dan Hadysham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia