Utusan Borneo (Sarawak)

Kediaman Kabila di timur Kongo terbakar

-

BUKAVU: Sebuah kediaman Presiden Joseph Kabila dibakar awal kelmarin dalam serangan disyaki angkara militia yang mengorbank­an seorang anggota polis di Republik Demokratik Kongo (DRC), menurut saksi.

Kumpulan bersenjata dikenali sebagai Mai- Mai kemungkina­n cuba mencuri barang-barang dari bangunan tersebut di Musienene, wilayah Kivu Utara di bahagian timur bermasalah di negara ini, menurut seorang pegawai tentera.

“Kediaman ketua negara di Musienene disasari dalam serangan pada jam 3 pagi waktu tempatan yang kemudian dibakar Mai-Mai,” menurut pegawai terbabit dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

“Penyerang menggeleda­h semua benda sebelum membakar rumah dan beberapa kenderaan.”

Kabila menghabisk­an kebanyakan masanya di ibu negara Kinshasa, namun dipercayai memiliki beberapa rumah di sekitar negara, termasuk sebuah ladang.

Musienene kerap kali menjadi pentas bantahan penambahan tempoh berkuasa Kabila dan tunjuk perasaan mengenai keadaan yang tidak selamat.

Beliau berjaya mempertaha­nkan kuasanya meskipun penggal kedua dan terakhirny­a sebagai presiden berakhir secara rasmi pada Disember 2016.

Pilihan raya untuk menggantik­annya tidak pernah dilakukan dan satu perjanjian kemudian ditetapkan bagi membolehka­n Kabila terus berkuasa sehingga pilihan raya yang dijangka pada 2017.

Tinjauan kemudian ditangguhk­an sehingga 23 Disember, 2018.

“Kami melihat api membakar kediaman presiden republik ketika kami terjaga,” menurut Pascal Mukondi, penduduk Musienene.

Seorang lagi penduduk menyatakan mereka bimbang dengan serangan balas daripada pihak tentera.

Kumpulan bersenjata Kongo dan pasukan tentera asing mengawal beberapa wilayah di wilayah Kivu Utara serta pertempura­n biasa berlaku.

Dalam perkembang­an berasingan, sembilan anggota tentera terkorban dalam dua serangan hendap yang dilancarka­n militia pemberonta­k di wilayah Kivu Selatan, menurut pihak tentera kelmarin.

“Pihak tentera telah merekodkan kematian sembilan anggota tentera dalam dua serangan hendap di zon operasi Baraka,” menurut seorang pegawai tentera yang tidak dinyatakan namanya.

Seorang berpangkat leftenan terkorban Ahad lepas di kampung Lweba, tujuh kilometer dari daerah Baraka, tambah pihak berkuasa.

Kematian lain muncul dalam serangan dua hari sebelumnya.

“Pihak hospital kami menerima mayat lapan anggota tentera yang terkorban akibat tembakan peluru pada Jumaat lepas,” jelas seorang pegawai di hospital di Lulimba, sebuah kampung 60 kilometer di selatan Baraka.

Pegawai tentera menuduh militia Mai- Mai bertanggun­gjawab ke atas kedua-dua serangan, sambil menambah bahawa pihak tentera Kongo telah kehilangan benda penting. — AFP KOTA MEXICO: Seorang lelaki dikatakan menjadi dalang pembunuhan tahun ini seorang wartawan jenayah di utara Mexico telah ditangkap pihak polis persekutua­n, menurut gabenor negeri Chihuahua Javier Corral kelmarin.

Juan Carlos Moreno Ochoa alias El Larry ditangkap di negeri sempadan berhampira­n Sonora kelmarin dan dinyatakan sebagai ‘penulis intelektua­l’ dalam pembunuhan wartawan Miroslava Breach, menurut kenyataan.

Breach ditembak sebanyak beberapa kali ketika memandu keluar dari garajnya pada 23 Mac.

Salah seorang anaknya turut bersamanya di dalam kereta tersebut namun tidak tercedera.

Seorang lelaki dikatakan penyerang bersenjata dalam pembunuhan Breach, Ramon Andres Zavala, dibunuh minggu lepas di Sonora, menurut kenyataan Corral.

Moreno Ochoa dijadual dihadapkan di mahkamah kelmarin bagi memulakan prosiding pendakwaan­nya, menurut Corral.

Reuters tidak mampu mengesan peguam Moreno Ochoa.

Sekurang- kurangnya 16 wartawan telah terkorban di Mexico sejak tiga tahun lepas, dan 43 orang sejak 1992, menjadikan negara itu antara negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, menurut Committee to Project Journalist­s. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia