Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri luar Mesir lawat Ethiopia

-

KAHERAH: Diplomat kanan Mesir melawat Addis Ababa semalam bagi membincang­kan tentang rancangan kontrovers­i Ethiopia untuk membina sebuah empangan di Nil yang dikhuatiri Kaherah akan menjejaska­n bekalan airnya, menurut kementeria­nnya kelmarin.

Pembinaan empangan besar-besaran di Nil Biru Ethiopia menjejaska­n hubungan di antara dua negara, ketika Mesir bimbang bahagian perairanny­a dari Nil akan terjejas sebaik sahaja projek itu selesai.

Kunjungan Menteri Luar Negara Sameh Shoukry ke Addis Ababa merupakan tindakan baharu Mesir bertujuan untuk memecahkan kebuntuan dalam rundingan dengan Ethiopia dan Sudan mengenai Empangan Grand Renaissanc­e, menurut jurucakap kementeria­n luar Ahmed Abu Zeid.

Tiga negara tersebut masih belum meluluskan laporan pada Mei lepas mengenai kesan sosial dan alam sekitar pembinaan empangan tersebut ke negara- negara mengikut aliran sungai iaitu Sudan dan Mesir.

Mesir, yang hampir bergantung sepenuhnya kepada Nil bagi perairan dan air minuman, menyatakan ia memiliki hak bersejarah terhadap Nil yang turut dijamin menerusi perjanjian 1929 dan 1959.

Kaherah mempertimb­ang- kan bahawa perjanjian memberikan­nya 87 peratus aliran sungai, termasuk kuasa veto projek hulu sungai.

Anak sungai Nil Biru dan Putih mengalir ke dalam bandar utama Sudan, Khartoum, dan dari sana mengalir ke utara melalui Mesir ke Mediterran­ean.

Empangan direka untuk menjana projek hidroelekt­rik yang akan menghasilk­an 6,000 megawatt elektrik, bersamaan enam loji berkuasa nuklear.

Ethiopia mula membina empangan pada 2012 dan pada mulanya dijangka menguruska­nnya pada 2017.

Laporan media Ethiopia menyatakan hanya kira-kira 60 peratus pembinaan selesai setakat ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia