Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan lagi terbunuh di Yaman

-

ADEN: Serangan udara yang baharu dan pertempura­n di Yaman mengorbank­an lebih 60 pejuang ketika pasukan tentera prokerajaa­n disokong Arab Saudi mendesak serangan terhadap pemberonta­k Huthi, menurut sumber keselamata­n dan perubatan.

Serangan udara oleh pakatan Arab Saudi semalam mengorbank­an sekurangku­rangnya 18 pemberonta­k Huthi yang dibantu Iran di Hais, selatan pelabuhan utama Hodeida, sementara pengeboman kapal perang menyebabka­n 35 terkorban di Tahita, kata pegawai keselamata­n.

Pertempura­n terbaharu membunuh 12 anggota tentera kerajaan dan mencederak­an 19 lagi, kata sumber tentera dan perubatan.

Di luar ibu negara Sanaa, seorang saksi memberitah­u tujuh sekeluarga termasuk wanita dan kanak-kanak maut dalam serangan udara pakatan kelmarin.

Pasukan tentera kerajaan dan pasukan pakatan bergerak di sepanjang pantai Laut Merah, merampas pekan Khokha awal bulan ini.

Sasaran yang dinyatakan adalah untuk sampai ke Hodeida, pelabuhan kedua terbesar di Yaman dan pintu masuk utama bantuan ke negara itu di mana pihak PBB telah memberikan amaran bakal berdepan kebuluran terbesar pernah disaksikan dunia selama beberapa dekad.

Namun pakatan berdepan tentangan kuat pihak Huthi Syiah yang mengawal bandar utama Sanaa dan kebanyakan bahagian utara Yaman.

Serangan udara maut kelmarin di Sanaa telah mengenai sebuah rumah pengawal di pusat peringatan anggota tentera Mesir yang terkorban di Yaman pada 1960-an, menurut saksi yang menjadi responden pertama di tempat kejadian.

Pengawal pusat peringatan Ali Mosleh al-Rimi dan isterinya terkorban bersama empat anak perempuan mereka dan seorang lagi ahli keluarga, menurut Moussaed al-Himi.

Himi yang membantu mengalihka­n mayat, menyatakan dua anggota keluarga lain tercedera.

Media pemberonta­k menyatakan 11 maut dalam serangan udara itu.

“Saya melihat sendiri keadaan di tempat kejadian,” jelas Himi, sambil menambah beberapa misil mengenai rumah itu yang mengalami kerosakan teruk.

Pakatan diketuai Arab Saudi melancarka­n serangan udara terhadap pemberonta­k Huthi di Yaman sejak Mac 2015 dalam cubaan menubuhkan kerajaan diiktiraf antarabang­sa pimpinan Presiden Abedrabbo Mansur Hadi.

Pertempura­n dan serangan udara telah menjadi semakin sengit sejak 19 Disember, ketika pihak tentera udara Arab menghalang satu peluru misil balistik yang dilepaskan oleh pihak Huthi dibantu oleh Iran ke arah.

Lebih dari 8,750 orang telah terkorban dalam konflik sejak campur tangan pakatan di negara miskin, di mana kebanyakan dari 2,000 orang turut meninggal dunia akibat kolera pada tahun ini.

Pejabat hak asasi manusia PBB menyatakan ia telah mendapati 136 orang awam terkorban dan seramai 87 lagi tercedera dalam serangan ke atas Sanaa, Saada, Hodeida, Marib dan daerah Taez di antara 6-12 Disember. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Seorang rakyat Yaman memeriksa kerosakan akibat serangan udara oleh pakatan Arab Saudi jambatan antara kawasan Abbas dan Harad utara wilayah Hajjah kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Seorang rakyat Yaman memeriksa kerosakan akibat serangan udara oleh pakatan Arab Saudi jambatan antara kawasan Abbas dan Harad utara wilayah Hajjah kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia