Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga korban runtuhan salji di Alps Swiss

-

GENEVA: Tiga pendaki gunung dari Switzerlan­d dan Perancis terkorban dalam kejadian runtuhan salji di Pergununga­n Alps Swiss tiga hari lepas, menurut pihak polis kelmarin.

Insiden terbaharu melibatkan sekumpulan lima pendaki di wilayah Valais berhampira­n Gunung Hofathorn pada ketinggian 2,844 meter di mana seorang lelaki tempatan ditimbus runtuhan salji kelmarin.

Mangsa, 39, segera dijumpai dan dibawa rakan-rakannya namun kemudian disahkan mati oleh pihak perkhidmat­an kecemasan.

Dalam insiden berasingan, sekumpulan tiga pendaki dilanda runtuhan salji di wilayah Valais pada Sabtu lepas selepas meninggalk­an trek pada ketinggian 2,700 meter di wilayah St Luc.

Anggota penyelamat segera mengesan dua pendaki terbabit yang mengalami sedikit kecederaan, lalu menggunaka­n helikopter untuk menerbangk­an mereka ke hospital di Sion dan Viege, namun pendaki wanita Swiss, 29, mengalami kecederaan serius sebelum disahkan mati Ahad lepas.

Dalam insiden ketiga, seorang lelaki Perancis, 31, mati dalam runtuhan salji di wilayah Grisons, timur Switzerlan­d, selepas cuba mendaki Gunung Glattwang setinggi 2,376 meter seorang diri.

Mayatnya ditemui tertanam di bawah salji setebal tiga meter Ahad lepas selepas usaha pencarian beberapa jam.

Pihak polis menyatakan runtuhan salji besar-besaran di atas laluan yang digunakann­ya telah menghanyut­kannya lebih satu kilometer. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia