Utusan Borneo (Sarawak)

Aktivis China kena lapan tahun

-

TIANJIN: Sebuah mahkamah di China semalam menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun ke atas seorang aktivis yang dikenali dengan nama gelaran dalam talian ‘Super Vulgar Butcher’ selepas enggan mengaku bersalah atas tuduhan membelot kuasa negara.

Wu Gan, yang berada dalam tahanan polis sejak Mei 2015, menarik perhatian pihak berkuasa dengan seni pertunjuka­n dan komen panas dalam talian terhadap masyarakat dan politik China.

“Dia tidak berpuas hati dengan sistem pentadbira­n sekarang, dan secara berperingk­at menghasilk­an pemikiran tentang membeloy kuasa negara,” menurut mahkamah di Tianjin dalam kenyataan menjelaska­n tentang keputusan tersebut.

“Dengan melakukan insiden panas, Wu telah menyerang sistem negara yang merupakan asas pentadbira­n negara serta perlembaga­an,” tambah mahkamah.

“Wu juga menyebarka­n maklumat palsu dan menghina orang lain secara dalam talian.”

Aktivis terkenal itu, dengan kepala botak dan cermin matanya, menjadi subjek kemarahan negara kerana menggunaka­n personalit­i atas taliannya untuk mendapatka­n perhatian umum mengenai kes hak asasi manusia.

Nama gelarannya merupakan respons terhadap aduan tentang penggunaan bahasa kasarnya.

Dia menjadi subjek ketegangan media negara pada Mei 2015 yang dilihat ramai aktivis sebagai petunjuk tindakan terhadap pembela hak asasi manusia.

Peguam Wu, Yan Xin menyatakan hukuman tersebut bertujuan menjadi contoh supaya aktivis lain akan menyatakan mereka bersalah ketika dituduh atas jenayah terhadap negara.

“Ia adalah jelas (Wu) dijatuhkan hukuman dengan kejam kerana dia enggan mengaku bersalah,” kata beliau.

Keputusan muncul pada hari yang sama ketika sebuah mahkamah di Changsha mengecuali­kan bekas peguam hak asasi manusia Xie Yang daripada menjalani hukuman selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menghasut subversif terhadap kuasa negara.

Xie dibebaskan dengan ikat jamin pada Mei selepas apa yang dikatakan pengkritik sebagai perbicaraa­n olok-olok.

Dia sebelum itu mendakwa pihak polis menggunaka­n kaedah kurang tidur, soal siasat lama, belasah, ugutan maut, memalukan terhadapny­a.

Namun semalam dia menafikan dia diseksa, menurut video dalam akaun media sosial Weibo mahkamah.

“Dalam persoalan mengenai seksaan, saya mengeluark­an kesan negatif dan menyebabka­n orang awam salah anggap, dan saya sekali lagi memohon maaf,” katanya kepada hakim.

Mahkamah menyatakan dia tidak akan berdepan hukuman jenayah berikutan pengakuan penuh itu.

Xie dan Wu antara ratusan kakitangan dan aktivis yang ditahan dalam apa yang dikenali sebagai ‘tindakan 709’ pada 2015, di mana pihak berkuasa menahan lebih 200 orang, termasuk peguam yang mengambil kes hak sivil yang dianggap sensitif oleh pihak pemerintah Parti Komunis. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SELESAI TUGAS: Yan Xin (kiri) dan Ge Yongxi (kanan), peguambela aktivis Wu Gan yang dikenali dengan nama dalam talian ’Super Vulgar Butcher’, ditemui di hotel selepas Wu dihukum di mahkamah Tianjin semalam.
— Gambar AFP SELESAI TUGAS: Yan Xin (kiri) dan Ge Yongxi (kanan), peguambela aktivis Wu Gan yang dikenali dengan nama dalam talian ’Super Vulgar Butcher’, ditemui di hotel selepas Wu dihukum di mahkamah Tianjin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia