Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik, pengurus bangunan ditahan

-

SEOUL: Pihak polis Korea Selatan menahan pemilik dan pengurus sebuah bangunan di mana 29 orang terkorban dalam kebakaran pada minggu lepas, menuduh kedua-dua mereka bagi beberapa kecuaian keselamata­n, termasuk pintu kecemasan yang dihalang dan sistem perenjis air yang tidak berfungsi.

Khamis lepas satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan lapan tingkat di bandar kecil Jecheon di mana sekurang-kurangnya 20 daripada mangsa adalah wanita yang terhidu asap beracun di dalam sauna di tingkat dua.

Pihak polis Jecheon hanya mengenal pasti pemilik sebagai Lee dan pengurus terbabit sebagai Kim.

Kedua-dua lelaki itu berada dalam tahanan di Jecheon selepas ditangkap Ahad lepas, umum pihak polis semalam.

Lee berdepan dua tuduhan melanggar peraturan keselamata­n kebakaran dan melakukan homisid secara tidak sengaja akibat kecuaian profesiona­l, sementara Kim turut berdepan tuduhan hom- isid secara tidak sengaja.

Lee dan Kim berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda hingga 20 juta won sekiranya disabitkan bersalah.

“Sistem perenjis air di tingkat pertama bangunan tidak berfungsi seperti yang sepatutnya ketika kebakaran berlaku,” kata seorang detektif polis, yang meminta namanya dirahsiaka­n kerana beliau tidak dibenarkan untuk bercakap mengenai siasatan yang sedang dilakukan.

“Sekiranya sistem perenjis air berfungsi, kebakaran mungkin tidak akan merebak dengan pantas seperti mana yang terjadi.”

Gambar yang dikeluarka­n agensi berita Yonhap menunjukka­n kawasan tangga diselubung­i asap dan pintu kecemasan kebakaran dipenuhi rak dan bekalan di tingkat dua, di mana kebanyakan kematian berlaku.

“Pintu kecemasan di tingkat dua bangunan dihalang rak besi dan barang-barang lain,” menurut detektif tersebut.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kebakaran.

Menurut pihak polis, kedua-dua Kim dan Lee menafikan laporan mereka cuba memindahka­n ais pada siling di tingkat satu, di mana api kelihatan bermula, namun kemudian mengubah kenyataan mereka selepas pihak polis menunjukka­n bukti kepada mereka.

Akhbar Korea JoongAng Daily melaporkan semalam bahawa Lee pada satu ketika memberitah­u polis dia tidak memaklumka­n wanita di dalam sauna kerana mereka tidak berpakaian, bagaimanap­un, pihak detektif polis memberitah­u beliau tidak dapat mengesahka­n perkara itu kerana siasatan sedang dilakukan.

Kemarahan meningkat sepanjang hujung minggu mengenai laporan tentang pembinaan kurang baik, pintu rosak, jalan dihalang dan masalah lain yang mungkin telah menyumbang kepada kematian.

Gambar Yonhap tentang tempat kejadian menunjukka­n kereta diparkir di sekitar bangunan, dengan saksi menyatakan keadaan diburukkan jalan sempit menyebabka­n penangguha­n respons jentera bomba.

Satu rang undang-undang diperkenal­kan pada Mac menyeru agar menggandak­an hukuman untuk kesalahan memarkir kereta secara haram di jalan akses kenderaan bomba namun ia masih lagi tertangguh, menurut arkib pengesan rang undang-undang Dewan Negara.

Ketika melawat tempat kejadian Jumaat lepas, Presiden Moon Jae-in menjanjika­n siasatan penuh.

“Kerajaan secara keseluruha­nnya akan menyiasat sepenuhnya punca kemalangan ini dan memproses respons, walaupun selepas kenyataan, siasatan dan langkah-langkah sebegitu, sekurang-kurangnya akan mengurangk­an kesedihan mendalam,” jelas beliau.

Kelmarin, satu kebakaran berasingan di sebuah kawasan pembinaan di sebuah kompleks pangsapuri di selatan Seoul mengorbank­an seorang dan mencederak­an 14 lagi, menurut Yonhap. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia