Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak mencermink­an mandat BNM untuk kekalkan keadaan teratur

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti spekulasi berlebihan telah menyebabka­n Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian urus niaga pertukaran asing berjumlah RM31.5 bilion pada era 1990-an, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau yang memetik laporan audit dalaman disediakan oleh juruaudit dalaman BNM bertarikh 21 Jan, 1994, berkata pembelian matang dan urus niaga pertukaran mata wang bulanan yang berjumlah purata RM140 bilion pada tahun 1992 telah meningkat kepada RM750 bilion pada tahun 1993.

“Sebahagian besar urus niaga itu bersifat spekulatif dan tidak mencermink­an mandat BNM untuk mengekalka­n keadaan teratur dalam pasaran pertukaran asing mengikut Seksyen 4 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958,” katanya dalam surat terbuka beliau kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Johari berkata laporan audit itu juga menekankan bahawa magnitud urus niaga spekulasi pertukaran asing dianggap san- gat berlebihan memandangk­an dana pemegang saham BNM hanya RM4.4 bilion dan rizab antarabang­sa negara itu hanya RM43.98 bilion pada masa itu.

Laporan Audit itu juga menyatakan bahawa aktiviti perdaganga­n pertukaran mata wang asing spekulatif yang dijalankan oleh bank pusat pada masa itu telah dilakukan oleh Bahagian Pertukaran Asing Jabatan Perbankan BNM, yang diketuai oleh penasihat merangkap pengurusny­a, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang kemudianny­a menjadi Menteri Kewangan Kedua.

Menurut Johari, dengan skala kerugian aktiviti spekulasi pertukaran asing yang besar, kerajaan dipaksa untuk memindahka­n sahamnya di Telekom dan Tenaga Nasional Berhad kepada BNM pada nilai nominal RM1 sesaham dan saham-saham ini telah dinilai semula oleh BNM pada RM22.10 setiap saham dan RM19.30 sesaham untuk Telekom dan TNB.

Di samping itu, BNM terpaksa melupuskan saham Malaysia Airlines kepada pihak ketiga dengan harga RM8 sesaham dan saham MISC pada RM10 sesaham kepada Kumpulan Wang Pencen untuk mendapatka­n keuntungan.

“Jika kerugian pertukaran asing spekulatif ini tidak nyata, kerajaan tidak akan mengambil tindakan drastik ini untuk menutup kerugian BNM pada masa itu,” katanya.

Menurutnya, adalah sangat penting bagi orang ramai untuk memahami perbezaan antara aktiviti pertukaran mata wang spekulatif dan pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur.

“Aktiviti pertukaran wang asing spekulatif, dengan bahasa yang lebih mudah, adalah sejenis aktiviti ‘perjudian’ untuk mendapatka­n pulangan yang cepat.

“Namun, pengurusan pasaran pertukaran asing yang teratur sangat jauh berbeza yang mana kemudahan mudah tunai oleh BNM kepada pelabur di negara ini untuk mengurangk­an ketidaksei­mbangan yang berkaitan dengan penawaran dan permintaan ringgit di pasaran,” katanya.

Johari berkata, BNM dan negara telah berjaya mengambil pelbagai langkah penambahba­ikan, terutamany­a dalam melaksanak­an pembaharua­n serta langkah semak dan imbang yang perlu berkaitan aktiviti urus niaga hadapan pertukaran matawang asing.

Hasil daripada pembaharua­n ini, walaupun berlaku ketidaksta­bilan aliran modal dan ringgit dalam tempoh yang lalu, ekonomi Malaysia terus kekal berdaya tahan dan keupayaan BNM untuk menjaga kestabilan kewangan dan ekonomi masih tidak dapat dikompromi, meskipun aliran modal dan ringgit yang tidak menentu ketika ini.

Johari berkata rizab antarabang­sa Malaysia terus kukuh dan pada akhir November 2017, berjumlah AS$101.9 bilion dan kerajaan dapat mengekalka­n 7.5 bulan import tertangguh.

“Saya rasa sudah cukup untuk saya menjelaska­n mengenai subjek ini dan jika ada pihak yang masih tidak mahu menerima dan memahami kebenaran, maka tiada ada apa lagi yang dapat saya katakan,” katanya sambil menambah beliau tidak mahu memanjangk­an perbincang­an mengenai isu ini terutamany­a kerana sudah ada pasukan bebas di Polis Diraja Malaysia menyiasat perkara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia