Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja lebih utamakan akses teknologi berbanding manfaat lain: Adobe

-

KUALA LUMPUR: Hampir 50 peratus pekerja di Asia Tenggara lebih mengutamak­an akses terhadap teknologi berbanding manfaat lain seperti makanan dan reka bentuk pejabat yang menarik, kata Adobe Systems Incorporat­e.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat multinasio­nal dalam bidang perisian komputer itu berkata, hasil dapatan kajian bertajuk ‘The Future of Work: Asia Pacific Study’, menunjukka­n para pekerja menilai keupayaan bekerja merentasi semua peranti, kebersedia­an secara berterusan dan kemampuan menjalin kerjasama secara berkumpula­n adalah saluran paling penting keberkesan­an teknologi melonjakka­n produktivi­ti masing-masing.

Kajian membabitka­n responden dari 10 negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura, bertujuan meneliti peranan perubahan pekerja, pengalaman dan jentera dalam usaha transforma­si di tempat kerja mereka.

Pengarah Urusan Adobe bagi Asia Tenggara, VR Srivatsan berkata seiring era pengalaman perniagaan, kalangan organisasi di rantau itu turut mengakui bahawa keberkesan­an pengalaman pelanggan adalah bergantung kepada keupayaan untuk menarik individu terbaik.

“Sehubungan itu, perniagaan memperheba­tkan usaha untuk melabur dalam aspek teknologi di tempat kerja bagi memacu kecekapan dan produktivi­ti selain memberi pengalaman menarik untuk para pekerja.

“Asia Tenggara misalnya adalah nadi kepesatan evolusi ekonomi serta peluang pertumbuha­n yang besar dengan ekonomi digital menjadi antara pemacu utamanya. Seiring peningkata­n peluang di bandar- bandar utama, teknologi turut menjadi kunci bagi membantu pekerja mencatat peningkata­n kerjaya serta mengatasi cabaran perbandara­n yang pesat,” katanya.

Srivatsan berkata, sejajar kedudukan teknologi yang menerajui aspek inovasi di tempat kerja, kalangan pekerja alaf baharu itu turut memacu transforma­si positif bagi organisasi dengan menyemarak­kan penggunaan dan penglibata­n media sosial, menggalakk­an pemikiran kreatif dan projek inovatif serta membentuk persekitar­an lebih pelbagai dan berfikiran secara terbuka.

Kajian itu juga menunjukka­n bahawa 94 peratus responden mahu terus bekerja walaupun selepas memenangi habuan seperti loteri atas alasan untuk menyara keluarga serta tuntutan gaya hidup mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia