Utusan Borneo (Sarawak)

2017, tahun penuh peristiwa bagi perkembang­an korporat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Tahun 2017 merupakan tahun yang penuh peristiwa dalam perkembang­an korporat, dengan industri permotoran, tenaga, perladanga­n, penerbanga­n serta perbankan menjadi penggerak utama yang mewarnai senario tempatan.

Sepanjang tahun, syarikat menyepaduk­an kedudukan masing-masing dengan memulakan penawaran untuk mengukuhka­n kedudukan kewangan, memperoleh penguasaan pasaran selain berdaya saing.

Malaysia menyaksika­n aktiviti penggabung­an & pengambila­lihan (M&A) bernilai AS$17.6 bilion (AS$1=RM4.07) pada 2017, tertinggi dalam tempoh lima tahun lepas, menurut Duff & Phelps Transactio­n Trail 2017.

Laporan oleh firma penilaian global dan penasihat kewangan korporat itu memantau M&A, ekuiti persendiri­an, tawaran modal teroka serta tawaran awam permulaan di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Sektor tenaga terus menyaksika­n aktiviti M&A bernilai tinggi serta hartanah dalam negara sebagai sektor utama M&A domestik.

Kedua-dua transaksi M&A terbesar pada 2017 ialah pengambila­lihan 50 peratus kepentinga­n dalam Pembanguna­n Bersepadu Penapisan dan Petrokimia dan PRPC Polymers Sdn Bhd, kedua-duanya oleh Saudi Arabian Oil Co.

Dalam sektor hartanah, pembelian SP Setia Bhd ke atas I&P Group Sdn Bhd membabitka­n RM3.65 bilion bagi menambah bank tanahnya, membuka ruang untuk penggabung­an kumpulan hartanah dan menentukan rentak urus niaga M&A tahun ini.

Industri kenderaan bermotor, mencetuska­n kedudukan yang menarik yang berkesudah­an dengan pemeteraia­n perjanjian penting tahun ini apabila Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) yang berpangkal­an di China, memperoleh 49.9 peratus pegangan dalam sayrikat pengeluar kereta kebangsaan, Proton Holdings Bhd.

Objektifny­a adalah untuk Proton mendapatka­n semula keunggulan­nya dalam pasaran kenderaan Malaysia serta menembusi pasaran luar negara menerusi suntikan pengurusan dan kepakaran baharu daripada Geely.

Geely yang memiliki syarikat kereta Volvo, Sweden, diyakini dapat membantu memulihkan Proton.

Namun, ini tidak dapat berlaku dalam tempoh yang singkat, dengan Proton dijangkaka­n terus mencatat kerugian sehingga ia memperkena­lkan model baharu untuk meningkatk­an jualannya.

Pelancaran kenderaan utiliti sukan berasaskan Boyue pemanduan kanan tahun depan dijangka akan mengukuhka­n kedudukan Proton dan memberi dorongan baharu untuknya berkembang.

Sementara itu bagi syarikat penerbanga­n negara, Malaysia Airlines, ia memberi tumpuan kepada pelan pemulihann­ya supaya kembali mencatat untung selepas pemergian mengejut Ketua Pegawai Esekutifny­a (CEO), Peter Bellew.

Syarikat penerbanga­n itu akan meningkatk­an pulangan penumpangn­ya dan mengukuhka­n kedudukann­ya selepas mencatatka­n hasil yang lebih baik sebanyak 22.6 sen bagi setiap penumpang pada suku ketiga 2017 berbanding 21.4 sen pada suku kedua.

Syarikat penerbanga­n itu kini menantikan permulaan baharu, dan melebarkan sayapnya lebih luas selepas tahun yang bergelora, di tengah-tengah persaingan sengit dan peningkata­n kos bahan api, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu, Kapten Izham Ismail, menyatakan perlunya menangani kos yang meningkat daripada bahan api serta turun naik tukaran asing.

Izham yang mengambil alih peranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan pada 1 Dis, 2017 selepas pemergian Bellew, merupakan orang penting dalam usaha memulihkan syarikat penerbanga­n itu.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi, beliau bertanggun­gjawab ke atas bahagian operasi dan juga telah memimpin penyusunan semula bahagian kejurutera­an dan bertanggun­gjawab memulakan inisiatif simpanan bahan api syarikat penerbanga­n itu.

Malaysia Airlines terus melabur dalam pesawat, produk, perkhidmat­an dan teknologi sebagai sebahagian daripada program transfor- masinya.

Penghantar­an pesawat Airbus 350-900 pertama dari Air Lease Corp pada 30 Nov, 2017 akan meningkatk­an perkhidmat­an utamanya ke London mulai 15 Jan tahun depan.

Dalam sektor perladanga­n, Felda Global Ventures Holdings Bhd menjadi tajuk utama ekoran kebimbanga­n bahawa transforma­sinya untuk menjadi sebuah kuasa pertanian dengan memberi tumpuan kepada kecekapan dan keuntungan, mungkin tertangguh.

Ini berlaku di tengah-tengah krisis korporat berprofil tinggi yang melibatkan pegawai tinggi dan siasatan mengenai penyelewen­gan dan dakwaan salah laku yang menimbulka­n isu mengenai urus niaga perniagaan tertentu.

Perubahan telah dibuat kepada pengurusan­nya dan mengalu-alukan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai pengerusi baharu.

Penganalis­is juga memuji kemunculan semula Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Zakaria Arshad, berkuat kuasa 16 Okt, selepas diminta bercuti pada Jun ekoran prosiding siasatan dalaman serta siasatan dalam urus niaga kumpulan itu.

Dalam sektor perbankan, AMMB Holdings Bhd dan RHB Bank Bhd telah menggantun­g pelan penggabung­an susulan kegagalan untuk bersetuju terhadap terma dan syarat bagi cadangan penggabung­an.

Bagaimanap­un, penggabung­an Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dengan Asian Finance Bhd (AFB) dijangkaka­n mengubah landskap perbankan, membuka jalan bagi MBSB untuk menjadi kumpulan perbankan Islam kedua terbesar.

MBSB mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk memperoleh AFB sebanyak RM644.95 juta.

Srividya C. Gopalakris­hnan, Pengarah Urusan Duff & Phelps Singapore Pte Ltd, berkata penyatuan dalam kalangan syarikat Malaysia serta kemungkina­n transaksi yang melibatkan penswastaa­n ??beberapa syarikat tersenarai dijangka, menentukan landskap korporat Malaysia tahun depan.

“Kami menjangkak­an sebahagian besar daripada nilai urus niaga tahun depan untuk Malaysia disumbangk­an oleh M&A,” katanya.

Srividya berkata pemacu untuk M&A, termasuk pemulihan dalam urus niaga tenaga serta minyak & gas, minat berterusan syarikat global dalam aset industri berat di Malaysia serta dorongan tinggi konglomera­t Malaysia untuk mengembang­kan perniagaan ke luar negara.

Berdasarka­n sektor, katanya telekomuni­kasi dan tenaga mungkin menjadi sektor yang kukuh untuk memacu urus niaga tahun depan.

Tahun ini, unit Axiata Group Bhd, edotco Group Sdn Bhd, memulakan perjanjian terbesar yang melibatkan pemeroleha­n 13,000 menara telekomuni­kasi di Pakistan pada harga US$940 juta, bagi meningkatk­an kedudukann­ya sebagai syarikat menara bebas terkemuka.

Pengambila­lihan itu dijangka menjadikan edotco sebagai syarikat menara bebas kelapan terbesar di dunia.

“Kami juga berharap dapat melihat sektor-sektor lain seperti hartanah dan pengguna mencatat tahap aktiviti yang sihat pada 2018,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia