Utusan Borneo (Sarawak)

SIBU BERJAYA KEKALKAN KEJUARAAN

Pasukan itu rangkul lapan emas, lapan perak dan tujuh gangsa pada kejohanan Pingpong Sarawak Ke-57

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pasukan Sibu berjaya mengekalka­n mahkota kejuaraan Kejohanan Pingpong Sarawak Ke-57 melabuhkan tirai di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu lalu.

Kejayaan itu, selepas pasukan tersebut merangkul lapan pingat emas, lapan perak dan tujuh gangsa pada kejohanan berlangsun­g lima hari itu.

Kejohanan disertai 10 pasukan dan mempertand­ing 16 kategori perseorang­an menyaksika­n Sibu bermula cemerlang dengan memenangi acara lelaki veteran dan wanita bawah 18 tahun.

Ini disusuli kemenangan dalam acara perseorang­an terbuka menerusi Crystal Tiong, Sia Hsiao Ling (perseorang­an wanita bawah 15 tahun), Constance Tiong (perseorang­an wanita bawah 10 tahun), Ling Kah Nge (lelaki veteran 55 tahun), Lim Ah Bee (wanita veteran 40 tahun) dan Crystal Tiong-Sia Hsiao Ching (beregu wanita).

Kuching cuba memberi tentangan namun akur menduduki tempat kedua dengan kutipan tujuh emas, enam perak dan tujuh gangsa.

Pasukan-pasukan lain turut serta ialah Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Pengurus Pasukan Sibu merangkap Pengerusi Persatuan Pingpong Bahagian Sibu, Clement Chen berkata pasukannya turut muncul juara keseluruha­n di Kuching tahun lalu.

“Pencapaian tahun ini sudah tentu sangat menggembir­akan saya dan melibatkan usaha ramai pihak menjadikan­nya satu kenyataan,” katanya.

Beliau menyifatka­n kejayaan Sibu hasil kerja keras dan berpasukan yang baik daripada semua pemain dan jurulatih, sokongan kuat ahli-ahli jawa- tankuasa persatuan, ibu bapa, penyokong serta penaja dan ramai lagi.

“Kegigihan dan sikap tidak pernah berputus asa membolehka­n pasukan kami mencipta banyak pencapaian hebat,” katanya.

Pencapaian tahun ini sudah tentu sangat menggembir­akan saya dan melibatkan usaha ramai pihak menjadikan­nya satu kenyataan. Clement Chen Pengurus pasukan Sibu

 ??  ??
 ??  ?? MILIK KAMI: Clement (sembilan kanan) menjulang Trofi Cabaran Tan Thian Kee bersama barisan pemain pasukan Sibu di Dewan Masyarakat Serian, Sabtu lalu.
MILIK KAMI: Clement (sembilan kanan) menjulang Trofi Cabaran Tan Thian Kee bersama barisan pemain pasukan Sibu di Dewan Masyarakat Serian, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia