Utusan Borneo (Sarawak)

Joannes, Wilbert cuba nasib dalam industri muzik Iban

- Oleh Watt Zacchaeus

DUA pemuda yang berasal dari Suai, Niah iaitu Joannes Jhoey dan Wilbert Ibak mencuba nasib dalam industri muzik Iban menerusi album kompilasi mereka yang dijangka akan dikeluarka­n pada Mei depan.

Pembikinan album kompilasi mereka itu dijalankan oleh sebuah studio bebas yang berpengkal­an di Sibu.

Kini, semua prosesnya sudah siap dan hanya menunggu album itu dikeluarka­n di pasaran.

Utusan Borneo turut menemui kedua-dua bakal artis tersebut di Sibu bagi bertanya lanjut mengenai album mereka yang dikatakan bakal memberi saingan sengit di industri muzik Iban.

“Ini merupakan album kompilasi kami berdua di mana ia memuatkan sebanyak lapan buah lagu. Saya mempunyai empat buah lagu manakala Wilbert pula turut mempunyai empat buah lagu juga,” kata Joannes lagi.

Menurut Joannes, 21, album kompilasi atau gabungan mereka ini diberi nama ‘Dua Jejaka Idaman’.

Jelasnya, dia sangat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi dan pernah memenangi beberapa pertanding­an nyanyian sekitar 2013 di Miri dan Bintulu.

“Itu menjurus saya mempunyai hasrat untuk mengeluark­an album. Memang menyanyi ini adalah satu bidang yang saya sangat minati,” ujarnya lagi.

Joannes menerusi album kompilasi ini akan mempertaru­hkan empat buah lagu yang berjudul ‘Dara Tebilang’, ‘Bekelala Berambu Kaban’, ‘Entua Ti Kaya’ dan ‘Nuan Ambai Asi’.

Genre ataupun konsep lagu-lagu itu ialah Dangdut, Pop dan Twist.

Kesemua lagu tersebut disumbangk­an oleh dua komposer yang tidak kurang hebatnya iaitu John Lerman dan Kamalis Sanda manakala susunan muziknya dikendalik­an oleh Midas Priest.

Jelas Joannes lagi, penggambar­an klip video ini dijalankan di beberapa lokasi menarik di sekitar Sibu dan Bintulu.

Bagi Wilbert, 26, yang mendapat jolokan ramai di Suai, Niah iaitu ‘Pemancha Goyang Suai’, album ini bolehlah dikatakan sebagai titik permulaan mereka dalam industri muzik Iban.

“Album ‘Dua Jejaka Idaman’ ini diharap mampu ‘menyengat’ sekali gus dapat diterima umum kelak.

“Sudah pasti konsepnya adalah bersesuaia­n dengan semua lapisan umur,” jelasnya lagi.

Beliau yang pernah menyertai beberapa pertanding­an nyanyian di Bintulu ini, menyanyi adalah bukan sesuatu yang baharu baginya kerana telah meminati bidang itu sejak di bangku sekolah lagi.

Wilbert mempertaru­hkan empat buah lagu berjudul ‘Pengingat Maya Beserara’, ‘Oh Sulu’, ‘Penyayau Meruan Belama’ dan ‘Ku Sayau’.

Lagu tersebut berkonsepk­an genre Dangdut, Joget dan Balada di mana lagu-lagu itu disumbangk­an oleh komposer John Lerman dan beliau sendiri.

Midas Priest sekali lagi bertindak sebagai penyusun muziknya bagi proses sentuhan terakhir.

“Album ini dijangka akan dikeluarka­n di pasaran pada Mei depan. Masa itu baharulah kita dapat lihat sejauh mana kemampuann­ya.

“Bagi masa sekarang, kami berdua tak payahlah mengulas lanjut mengenainy­a dulu. Bila tiba masanya nanti, kita boleh berbual lagi mengenainy­a untuk bercerita lanjut,” katanya sambil berseloroh.

Difahamkan album ‘Dua Jejaka Idaman’ ini adalah satu album bebas yang diusahakan bersama Joannes dan Wilbert.

Dua anak muda ini sanggup mengumpul modal untuk menjayakan album tersebut bagi kepuasan minat mereka sekali gus dapat bersaing dalam industri muzik Iban di negeri ini.

 ??  ??
 ??  ?? MENCUBA NASIB: Joannes (kiri) dan Wilbert menaruh harapan terhadap album kompilasi ‘Dua Jejaka Idaman’ mereka.
MENCUBA NASIB: Joannes (kiri) dan Wilbert menaruh harapan terhadap album kompilasi ‘Dua Jejaka Idaman’ mereka.
 ??  ?? JOANNES
JOANNES
 ??  ?? WILBERT
WILBERT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia