Utusan Borneo (Sarawak)

Pengampuna­n Fujimori cetuskan protes

Keputusan presiden Kuczynski dibuat susulan pembatalan pendakwaan rasuahnya

-

LIMA: Polis Peru kelmarin melepaskan gas pemedih mata dan bertempur dengan penunjuk perasaan yang memprotes pengampuna­n ke atas bekas presiden Alberto Fujimori yang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas pencabulan hak asasi manusia.

Presiden semasa Pedro Pablo Kuczynski mengarahka­n pengampuna­n Fujimori dan tujuh banduan lain pada Ahad lalu atas dasar perikemanu­siaan, sekali lagi meletakkan dirinya di tengah- tengah krisis politik hanya beberapa hari selepas mengelak pendakwaan.

Penunjuk perasaan kelmarin menyeru peletakan jawatan Kuczynski, yang kemudian mempertaha­nkan keputusann­ya dalam mesej menerusi televisyen kepada negara.

“Keluar, keluar PPK!” penunjuk perasaan yang berang melaung berkali-kali merujuk kepada presiden terbabit yang telah berikrar semasa kempen pilihan raya tahun lepas bahawa beliau tidak akan membebaska­n Fujimori.

“Fujimori, pembunuh dan pencuri, katakan tidak kepada pengampuna­nnya!” menurut salah satu sepanduk yang dibawa penunjuk perasaan yang juga mengusung satu bendera Peru raksasa.

Sanak saudara mangsa pemerintah­an kejam Fujimori turut menyertai perarakan tersebut.

“Kami berada di sini sebagai ahli keluarga mangsa dan menolak pengampuna­n haram tersebut kerana ia tidak sepadan dengan kekejaman jenayahnya,” kata Gisella Ortiz, perwakilan sekumpulan ahli keluarga mangsa, kepada para wartawan.

Satu pasukan polis antirusuha­n kemudian meluru di sepanjang jalanan Lima unutk mencegah penunjuk perasaan berarak ke klinik di mana Fujimori menerima rawatan, melepaskan kanister gas pe- medih mata dan memasang penghadang untuk meleraikan mereka.

Seorang jurukamera dari stesen televisyen rasmi TV Peru dibelasah anggota polis dan kini dirawat di hospital, menurut presiden stesen Hugo Coya dalam Twitter.

Kuczynski pada malam kelmarin mempertaha­nkan keputusann­ya mengampunk­an Fujimori.

“Saya yakin kita yang mengamalka­n demokrasi tidak harus membenarka­n Alberto Fujimori mati dalam penjara kerana keadilan bukanlah pembalasan dendam,” tegas Kuczynski.

“Keadilan adalah tentang kesihatan dan peluang untuk hidup seorang bekas presiden Peru yang telah bertindak melampau dan melakukan kesilapan serius, yang sudah dijatuhkan hukuman dan sudahpun meringkuk dalam penjara selama 12 tahun,” tambah beliau.

Beliau terdahulu menyatakan keputusann­ya untuk menganuger­ahkan pengampuna­n bergantung kepada penilaian perubatan bahawa Fujimori mengalami penyakit yang tidak boleh dirawat dan di peringkat teruk, justeru keadaan dalam penjara mengancam nyawanya lebih lanjut.

Namun langkah tersebut dibuat selepas anak lelaki Fujimori Kenji menapis cubaan parlimen pada Khamis untuk mendakwa Kuczynski atas dakwaan rasuah, sekali gus mencetuska­n spekulasi pengampuna­n tersebut bersifat politik.

Keadaan kesihatan Fujimori, 79, lemah dan keputusan dibuat berdasarka­n responsnya terhadap rawatan di Klinik Centenario, menurut seorang doktor di pusat tersebut, Alejandro Aguinaga, kepada para wartawan.

Beliau berkata, tiada prospek Fujimori akan keluar dalam masa terdekat ini.

Fujimori dipindahka­n dari selnya ke klinik tersebut pada Sabtu setelah mengalami tekanan darah rendah dan denyutan jantung tidak tetap.

“Beliau masih dalam unit rawatan rapi.

“Keadaannya baik tetapi ujian lain diperlukan,” tambah Aguinaga.

Beliau berkata, bekas presiden terbabit sudahpun menjalani imbasan otak dan jantung, di mana masalah jantung memburukka­n pelbagai masalah patologi lain.

Fujimori telah dimasukkan ke hospital beberapa kali, kali terakhir pada September, serta mempunyai masalah jantung, belakang dan perut selain beberapa pembedahan untuk membuang tumor kanser dari lidahnya.

Di sebalik pensabitan­nya atas pencabulan hak asasi manusia, Fujimori masih popular di Peru kerana menumpaska­n gerila sayap kiri dan menstabilk­an ekonomi yang mengalami krisis sejak sekian lama.

Prestasi itu disebut- sebut selaras dengan pengampuna­nnya di mana puluhan penyokong berkumpul di hadapan hospital tatkala penentang berdemonst­rasi di Lima mengecamny­a.

Lelaki keturunan Jepun itu memerintah Peru antara 1990 dan 2000, namun dengan pantas menjadi autokratik selepas rampasan kuasa dalaman pada 1992 yang mendorongn­ya membubarka­n dewan perundanga­n. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK PUAS HATI: Orang awam membawa sepanduk menunjuk perasaan yang memprotes pengampuna­n ke atas Fujimori yang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas pencabulan hak asasi manusia, di Lima semalam.
— Gambar AFP TIDAK PUAS HATI: Orang awam membawa sepanduk menunjuk perasaan yang memprotes pengampuna­n ke atas Fujimori yang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas pencabulan hak asasi manusia, di Lima semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia