Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DISYAKI MEROGOL ANAK TIRI DIBERKAS

-

BINTULU: Sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu berjaya memberkas seorang lelaki warga asing berusia 46 tahun, yang merupakan bapa tiri seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai dirogol suspek sejak berumur sembilan tahun.

Tangkapan dilakukan hasil pembongkar­an kes seorang remaja menyembuny­ikan kelahiran bayi lelaki serta ditinggalk­an dalam tong sampah sebelum ditemui meninggal dunia di luar rumah di Tanjung Kidurong di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata hasil maklumat risikan jam 6.15 petang Ahad lalu pihaknya menangkap suspek lelaki warga asing terbabit di Jalan Tanjung Batu dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai dokumen diri.

“Suspek ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan maklumat mendedahka­n suspek merogol mangsa sejak berumur sembilan tahun,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sekiranya sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Manakala Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam sebatan.

Katanya pada jam 9.30 malam, 22 Disember lalu polis menerima laporan bahawa seorang ramaja perempuan mengalami pendarahan yang banyak di Hospital Bintulu.

“Setelah pemeriksaa­n mendapati remaja itu disyaki melahirkan bayi lelaki di dalam bilik air semasa berseorang­an di rumahnya di Tanjung Kidurong.

“Bayi dilahir ketika itu dalam keadaan sempurna dan masih hidup. Selepas dilahirkan remaja itu memotong tali pusat bayi itu dengan gunting dan bayi tersebut dibungkus dengan kain seterusnya dibuang ke dalam tong sampah di hadapan rumah,” jelasnya.

Katanya, remaja terbabit masuk semula ke rumahnya dan berehat di dalam bilik tidur sehingga pendarahan berlaku jam 9 pagi dan disedari oleh kakak angkatnya.

“Kakak remaja itu beranggapa­n adiknya hanya datang haid seperti diberitahu sehinggala­h remaja itu mengalami pendarahan secara berlarutan.

“Susulan itu, kakak remaja itu membawanya ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut sehingga membawa kepada pembongkar­an kes pembuangan bayi dalam tong sampah.

“Siasatan awal polis mendapati remaja perempuan itu dipercayai disetubuhi suspek sejak sembilan tahun,” katanya.

Beliau berkata, mayat bayi dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematianny­a.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek (kiri) berjaya dikesan dan ditangkap polis JSJ Bintulu.
DITANGKAP: Suspek (kiri) berjaya dikesan dan ditangkap polis JSJ Bintulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia