Utusan Borneo (Sarawak)

SAEH DILANDA BANJIR

1,000 penduduk 13 rumah panjang di Sungai Saeh, Niah terputus hubungan.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Kira-kira 1,000 penduduk 13 rumah panjang di Sungai Saeh, Niah dalam daerah kecil Sibuti terputus hubungan akibat terjejas banjir setelah hujan lebat melanda kawasan tersebut awal pagi semalam.

Menurut laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, setakat jam 12 tengah hari semalam kawasan terjejas ialah Rumah Mentali, Rumah Linan, Rumah Sikan, Rumah Kilat, Rumah Nendak, Rumah Limbang, Rumah Nyalak, Rumah Jelani, Rumah Sumok, Rumag Pilit, Rumah Nelson, Rumah Ayai dan Rumah Dennis.

Daripada 13 kawasan rumah panjang tersebut, 11 daripadany­a dilaporkan dalam keadaan paras air meningkat naik, satu kawasan kekal dan satu kawasan lagi menurun.

Pegawai Daerah Subis Husini Bakir ketika dihubungi semalam memberitah­u bahawa situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.

“Kita berdoa agar hujan tidak lebat di bahagian hulu sungai yang boleh menyebabka­n limpahan air banjir semakin meningkat.

“Ada sesetengah penduduk berani mencuba melalui jalan banjir menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) namun kebanyakan­nya tidak mahu mengambil risiko,” katanya.

Difahamkan tiada mangsa banjir dipindahka­n setakat pagi semalam akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, Tuai Rumah Ayai Sawing ketika dihubungi berkata sebanyak 22 pintu rumah panjang tersebut terpaksa berhadapan dengan situasi banjir semalam.

Ditanya mengenai situasi di situ, beliau hanya memberitah­u keadaan agak serius.

Selain itu, di daerah Marudi dilaporkan seramai 384 mangsa banjir dari dua kampung dan dua rumah panjang turut terjejas.

Di daerah Beluru dilaporkan seramai 525 penduduk dari tiga kampung turut menjadi bangsa banjir semalam.

 ??  ?? TERJEJAS: Jalan raya tenggelam akibat banjir setinggi kira-kira dua kaki setengah di Niah, Subis. PELUANG: Keadaan banjir di sebuah kawasan rumah panjang di Saeh, dan kanak-kanak mengambil kesempatan mandi-manda di hadapan rumah.
TERJEJAS: Jalan raya tenggelam akibat banjir setinggi kira-kira dua kaki setengah di Niah, Subis. PELUANG: Keadaan banjir di sebuah kawasan rumah panjang di Saeh, dan kanak-kanak mengambil kesempatan mandi-manda di hadapan rumah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia