Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan pencakar langit China dilelong AS$84j

-

BEIJING: Sebuah mahkamah China melelong sebuah bangunan pencakar langit dalam laman sesawang perdaganga­n elektronik (e-dagang) terbesar di negara itu dengan nilai permulaan 553 juta yuan atau AS$84 juta.

Bangunan 39 tingkat di Taiyuan, wilayah utara Shanxi, berserta tanah tapaknya berada dalam pasaran pada 2 Januari di Taobao, platform e-dagang Alibaba.

Pembinaan bangunan pencakar langit itu bermula pada 2006.

Setinggi 156 meter dengan keluasan lantai lebih 76,000 meter persegi, ia pada asalnya direka sebagai sebuah hotel, lapor media negara Xinhua kelmarin.

Namun projek itu ditangguhk­an akibat kekurangan dana selepas kerja utama pembinaan diselesaik­an pada 2010, menurut kenyataan daripada Mahkamah Tinggi Rakyat Wilayah Shanxi, menurut Xinhua.

Gambar tempat parkir kereta bawah tanah kelihatan agak gelap dan bahagian dalaman bangunan yang belum selesai serta lantai berdebu dipenuhi bahan pembinaan dipaparkan mahkamah dalam laman lelongan.

Hampir semua mahkamah China mempunyai akaun dalam pelantar lelongan kehakiman di Taobao bagi pengurusan aset lebih efisien dan telus yang dirampas menerusi kenyataan saman, menurut Xinhua.

Bangunan pangsapuri, kereta, barangan kemas yang disita dan telefon bimbit kesemuanya dilelong pihak berkuasa dalam ruangan edagang tersebut.

Pada November, sebuah bangunan setinggi 28 tingkat dilelongka­n dengan harga permulaan 219 juta yuan oleh mahkamah tempatan di wilayah timur laut Zhejiang.

Namun lelongan itu tidak berjaya kerana tiada sesiapa membida bagi bangunan tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia