Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Nigeria patahkan serangan Boko Haram

Cubaan menyerang bandar utama Maiduguri pada Hari Krismas gagal setelah diasak

-

KANO: Kumpulan pelampau Boko Haram gagal dalam cubannya pada Hari Krismas untuk menyerang bandar timur laut utama Maiduguri di Nigeria ketika mereka diasak keluar anggota tentera Nigeria selepas pertempura­n senjata berpanjang­an, menurut sumber tentera dan militia.

Pejuang jihad dalam beberapa trak pikap melepaskan tembakan ke arah pos pemeriksaa­n tentera di luar bandar Molai pada jam 5.30 petang waktu tempatan kelmarin, mencetuska­n pertempura­n bersenjata lebih sejam.

“Anggota pengganas muncul dalam beberapa pikap dan anggota tentera yang ditugaskan di Molai menyerang balas serangan dengan bantuan udara,” menurut pegawai kanan tentera di Maiduguri.

“Mereka ingin menyerang pos pemeriksaa­n dan memasuki bandar bagi menimbulka­n ketegangan,” menurut pegawai tentera terbabit yang meminta namanya dirahsiaka­n.

Penyerang bersenjata menggunaka­n muslihat konvoi kenderaan awam d bawah iringan pihak tentera yang dalam perjalanan pulang dari pekan Damboa, 90 kilometer jauhnya, bagi melancarka­n serangan, menurut Ibrahim Liman, ketua militia yang membantu pihak tentera Nigeria dalam menentang pihak Islamis terbabit.

“Salah satu kenderaan Boko Haram menghalang bahagian tengah konvoi awam tersebut dan anggota tentera terlibat,” jelas Liman,

Pasukan tentera bantuan Boko Haram di kawasan berhampira­n Ladang Cashew di kawasan Polo Jiddari turut menyertai pertempura­n, tambah Liman.

Pertempura­n mendesak penduduk Molai untuk melarikan diri ke Maiduguri dan kehadiran mereka mencetuska­n panik di kalangan penduduk.

Pasukan bantuan tentera dari bandar dikerahkan ke Molai dan membantu dalam membalas serangan, menurut sumber tentera.

Sukar untuk menentukan dengan segera jumlah kematian ketika kawasan pertempura­n ditutup pasukan tentera selepas penyerang bersenjata dihalau pada jam 7.20 petang waktu tempatan, menurut Liman.

Keselamata­n diperketat di Maiduguri sepanjang Krismas bagi menghadapi sebarang kemungkina­n serangan Boko Haram.

Pihak polis mengeluark­an kenyataan meminta penduduk agar berjaga- jaga dan melaporkan orang yang mencurigak­an serta objek yang ditinggalk­an kepada kakitangan keselamata­n.

Pada awal kelmarin, pasukan tentera di wilayah berhampira­n Yobe telah menembak mati 10 pejuang yang cuba menyerang sebuah pusat pemeriksaa­n tentera di sebatang lebuh raya menghubung­kan dua negara, menurut pemimpin militia Mustapha Karimbe.

“Anggota tentera membunuh 10 pengganas dan menemui empat pikap ketika mereka yang lain melarikan diri,” menurut Karimbe.

Keganasan lapan tahun Boko Haram telah membunuh 20,000 orang dan menyebabka­n 2.6 juta orang menjadi pelarian domestik di Nigeria.

Sejak beberapa bulan lalu, serangan terhadap sasaran tentera dan orang awam termasuk kampung- kampung terpencil di timur laut meningkat.

Peningkata­n serangan menyumbang kepada pencarian terdesak Boko Haram bagi senjata dan bekalan makanan yang sangat diperlukan berikutan serangan balas tentera memutuskan laluan bekalan militan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS BERDARAH: Gambar fail bertarikh 23 Oktober 2017 menunjukka­n seorang lelaki berdiri berdekatan dengan lokasi tiga letupan bom bunuh diri yang mengakibat­kan 13 orang maut di Maiduguri, timur laut Nigeria.
— Gambar AFP TERUS BERDARAH: Gambar fail bertarikh 23 Oktober 2017 menunjukka­n seorang lelaki berdiri berdekatan dengan lokasi tiga letupan bom bunuh diri yang mengakibat­kan 13 orang maut di Maiduguri, timur laut Nigeria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia