Utusan Borneo (Sarawak)

MOHD SHAHROL ANTARA DIGUGUR

Selepas 14 tahun bersama Sarawak, pemain itu tidak disenaraik­an ekoran kecederaan

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

FAS menghargai segala sumbangan, keringat, air peluh, airmata dan usaha beliau sepanjang bersama pasukan Sarawak. Abang Abdul Rahman Abang Naim Pengarah Komersil Persatuan Bola Sepak Sarawak

KUCHING: Selepas 14 tahun bersama Sarawak FA, pemain tengah prolifik, Mohd Shahrol Saperi antara pemain senior yang digugurkan daripada skuad Bujang Senang musim 2018 ekoran kecederaan yang dialaminya.

Beliau yang menggalas tugas selaku kapten pasukan Sarawak sebelum ini tidak ditawarkan kontrak setelah gagal dalam ujian kesihatan.

Pengarah Komersil Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abang Abdul Rahman Abang Naim dalam kenyataann­ya di sini semalam berkata setiap kecederaan yang dialami pemain-pemain akan dimaklumka­n kepada pihak pengurusan.

“Setiap pemain profesiona­l yang ditawarkan kontrak bermain, mestilah menjalani pemeriksaa­n kesihatan (medical test) terlebih dahulu.

“Sekiranya ujian kesiha- tan itu mereka gagal, maka pemain terbabit tidak dapat menandatan­gani kontrak. Bagi kes Mohd Shahrol (Saperi) beliau gagal dalam ujian kesihatan disebabkan kecederaan dialami,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, meskipun Mohd Shahrol tidak ditawarkan kontrak sebagai pemain tetapi FAS tetap memberi peluang kepadanya untuk terlibat dalam pasukan Sarawak.

“FAS menghargai segala sumbangan, keringat, air peluh, airmata dan usaha beliau sepanjang bersama pasukan Sarawak,” katanya.

Berita mengenai tonggak utama skuad Bujang Senang itu turut mendapat reaksi rakan seperjuang­annya, Joseph Kalang Tie yang kini bersama Selangor FA.

Joseph bersimpati dengan nasib yang menimpa Mohd Shahrol tidak lagi bersama skuad Bujang Senang bagi mengharung­i kempen Liga Perdana 2018 ini.

Dalam tulisan di akaun ‘Facebook’nya, Joseph turut mempersoal penghargaa­n pengurusan FAS terhadap jasa dan pengorbana­n bekas pemain- pemain sepanjang bersama pasukan Sarawak.

Selain Mohd Shahrol, difahamkan dua lagi pemain iaitu Awang Iskandar Awang Chek dan Florian Rison turut digugurkan berikutan masalah sama.

Sarawak FA kini dalam persiapan terakhir sebelum memuktamad­kan senarai akhir pemain dalam tempoh terdekat bagi memulakan saingan Liga Perdana 2018 pada Februari depan.

 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Mohd Shahrol menjulang trofi Piala Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.
KENANGAN: Mohd Shahrol menjulang trofi Piala Liga Perdana 2013 dengan rekod tanpa kalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia