Utusan Borneo (Sarawak)

2 jet berlanggar di Toronto

-

MONTREAL: Dua jet berlanggar di darat di sebuah lapangan terbang Toronto kelmarin, menyebabka­n bahagian ekor salah sebuah pesawat itu terbakar dan memaksa penumpang agar keluar dari pesawat yang satu lagi melalui gelongsor kecemasan.

Kedua-dua WestJet dan Sunwing mengesahka­n bahawa pesawat mereka terlibat dalam perlanggar­an di Toronto Pearson Internatio­nal, insiden kedua sebegini di lapangan terbang tersebut dalam tempoh lima bulan.

Rakaman video yang dikongsika­n di dalam media sosial kelihatan menunjukka­n bahagian ekor salah sebuah pesawat terbakar dan menge- luarkan asap hitam, serta kemudian beberapa gambar menunjukka­n bahawa ia adalah pesawat Sunwing.

“WestJet mengesahka­n bahawa WS2425, jenis Boeing 737-800 dengan seramai 168 penumpang dan enam kru, dalam perjalanan dari Cancun ke Toronto Pearson, ketika menunggu untuk bergerak ke arah pintu masuk dan berlabuh, telah dilanggar oleh sebuah pesawat Sunwing yang menolak ia dari kawasan pintu masuk,” jelasnya dalam kenyataan Twitter.

“Disebabkan oleh kedudukan pesawat di landasan, penumpang WestJet dikehendak­i untuk keluar menggunaka­n gelongsor kecemasan. Kakitangan kecemasan telah membantu dan memberi respons segera,” menurut syarikat penerbanga­n.

“Kami boleh mengesahka­n semua penumpang berada dalam keadaan selamat di terminal dan mereka sedang dalam proses bagi pelepasan kastam,” jelasnya, tanpa menyatakan sama ada terdapat sebarang kecederaan.

Satu kenyataan di dalam laman Facebook milik Sunwing Vacations mengesahka­n tentang kejadian perlanggar­an tersebut.

“Sebuah pesawat Sunwing, ditunda oleh syarikat penyediaan perkhidmat­an pengurusan di darat, telah berhubung dengan pesawat lain. Tiada kru atau penumpang Sunwing di dalam pe- sawat pada masa insiden itu berlaku,” katanya.

Toronto Pearson menyatakan bahawa “perkhidmat­an bomba dan kecemasan telah memberi respons dan penumpang berjaya dikeluarka­n” selepas insiden terbabit, yang “memberi kesan kepada” beberapa operasi penerbanga­n di Terminal Tiga di lapangan terbang tersebut.

Perlanggar­an itu merupakan insiden kedua sebegitu di Toronto Pearson sejak beberapa bulan ini.

Pada awal Ogos, sebuah jet penumpang Kanada dan Poland telah bergesel sayap di lapangan terbang, menyebabka­n kerosakan “serius” namun tiada kecederaan atau kematian. — AFP

Insiden di landasan menyebabka­n kerosakan namun tiada kematian

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? INSIDEN MENCEMASKA­N: Gambar diperolehi daripada akaun Facebook Connie Carson menunjukka­n pesawat Sunwing (depan) berlanggar dengan pesawat WestJet (kiri belakang) di Lapangan Terbang Pearson di Toronto kelmarin.
— Gambar AFP INSIDEN MENCEMASKA­N: Gambar diperolehi daripada akaun Facebook Connie Carson menunjukka­n pesawat Sunwing (depan) berlanggar dengan pesawat WestJet (kiri belakang) di Lapangan Terbang Pearson di Toronto kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia