Utusan Borneo (Sarawak)

Serius kurangkan kes remaja hamil

Meskipun trend penurunan sejak tahun 2015, namun Sarawak masih catat peratusan kes tertinggi di negara ini: Fatimah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak serius dalam usaha mengurangk­an kes kehamilan remaja di negeri ini.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata meskipun trend remaja hamil di negeri ini menunjukka­n penurunan sejak tahun 2015, namun Sarawak masih mencatat peratusan kes tertinggi di negara ini.

“Kehamilan remaja merupakan satu isu yang kompleks kerana ia berlaku disebabkan banyak faktor termasukla­h masalah dalam institusi keluarga, persekitar­an, kemiskinan dan lain-lain.

“Jadi, tahun ini kita akan melaksanak­an 14 siri Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di semua bahagian di Sarawak bagi memberi kesedaran dan menghindar­i remaja daripada terjebak dengan seks luar nikah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat sempena lawatan kerja ke Taman Seri Puteri Kuching di Telaga Air dekat sini, semalam.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus.

Tambah Fatimah, sehingga November 2017, sebanyak 2,020 kes kehamilan remaja direkodkan di negeri ini dengan 95 peratus daripadany­a merupakan remaja berumur antara 10 dan 19 tahun.

Bagi memastikan kes remaja hamil diurus dengan lebih berkesan, satu Panduan Pengurusan Remaja Hamil di Sarawak telah diperkenal dan diguna pakai.

Manakala, bagi kes keganasan rumah tangga dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita, satu Panduan Pengurusan Kes Keganasan Rumah Tangga juga dibangunka­n.

Kedua- dua panduan ini adalah untuk menyeragam­kan Prosedur Operasi Standard (SOP) antara agensi khususnya di peringkat bahagian.

“Kita telah menetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk menurunkan bilangan kes remaja hamil sebanyak 10 peratus setiap tahun berbanding kes pada tahun sebelumnya.

“Tahun lepas (2017) kita telah berjaya menurunkan sebanyak 18.6 peratus kes remaja hamil berbanding 2,481 kes pada tahun 2016 melepasi sasaran 10 peratus.

“Justeru, kita berharap kes kehamilan remaja di negeri ini akan terus menunjukka­n trend menurun dengan adanya kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Jadi, tahun ini kita akan melaksanak­an 14 siri Program Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) di semua bahagian di Sarawak bagi memberi kesedaran dan menghindar­i remaja daripada terjebak dengan seks luar nikah. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? IKUTI PERKEMBANG­AN: Fatimah (tengah) diberi taklimat mengenai perkembang­an terkini Taman Seri Puteri Kuching dan kes kehamilan remaja ketika lawatan taman itu semalam. Turut kelihatan Harden (kanan Fatimah) dan Rosey (kiri Fatimah).
IKUTI PERKEMBANG­AN: Fatimah (tengah) diberi taklimat mengenai perkembang­an terkini Taman Seri Puteri Kuching dan kes kehamilan remaja ketika lawatan taman itu semalam. Turut kelihatan Harden (kanan Fatimah) dan Rosey (kiri Fatimah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia