Utusan Borneo (Sarawak)

DUA LELAKI DILAPOR HILANG TIDAK SEDAR KEHADIRAN ANGGOTA SAR

-

KUCHING: Dua bersaudara yang dilaporkan hilang ketika menangkap ketam di kawasan hutan paya berdekatan perumahan Kastam Demak Laut, Jalan Bako mendakwa tidak menyedari kehadiran pihak bomba sehingga mereka berjaya keluar sendiri dari hutan tersebut, semalam.

Budiman Jeni, 32, dan Majidi Mohammed, 31, mendakwa mereka terpaksa bermalam di hutan kerana keadaan semakin gelap dan khuatir akan sesat lebih jauh selepas tidak menemui jalan keluar sejak jam 7 malam kelmarin.

Ekoran itu, keluarga mangsa segera melaporkan kepada pihak bomba dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kami sepatutnya keluar dari hutan sebelum Maghrib tetapi kami terlewat dan keadaan juga semakin gelap menyebabka­n kami terpaksa bermalam sementara menunggu hari siang kerana takut akan tersesat lebih jauh.

“Bagaimanap­un, kami diberitahu oleh anggota SAR bahawa mereka telah melalui kawasan tempat kami bermalam beberapa kali dan turut membunyika­n siren, tetapi kami langsung tidak mendengar atau melihat mereka.

“Sehingga tadi (semalam), apabila hari semakin terang baharu kami nampak jalan untuk keluar dari hutan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Operasi SAR dilancarka­n sebaik laporan diterima pada jam 10.40 malam dan ditangguhk­an pada jam 2.30 pagi sebelum disambung semula pada jam 6.30 pagi semalam.

“Komander operasi mengesahka­n kedua-dua mangsa selamat keluar dengan sendiri dari kawasan hutan paya tersebut sekitar jam 8.30 pagi tadi (semalam),” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Menurutnya, kedu-dua mangsa keluar untuk menangkap ketam di kawasan hutan paya tersebut sekitar jam 3 petang dan tidak pulang ke rumah sehingga malam menyebabka­n keluargany­a terus melaporkan kepada pihak bomba.

“Keluarga mangsa risau akan keselamata­n mereka dan terus menghubung­i pihak bomba memandangk­an motosikal mangsa masih berada di lokasi kejadian,” katanya.

Turut sama dalam operasi SAR tersebut ialah pihak polis yang dibantu penduduk kampung.

 ??  ?? MUJUR SELAMAT: Mangsa diberikan minuman oleh anggota bomba sejurus berjaya keluar dari kawasan hutan.
MUJUR SELAMAT: Mangsa diberikan minuman oleh anggota bomba sejurus berjaya keluar dari kawasan hutan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia