Utusan Borneo (Sarawak)

SAR warga emas di Sg Julau belum ada petunjuk

Beberapa barangan mangsa ditemui di tebing sungai, perahu dilihat hanyut dari lokasi sering ditambat

- Oleh Kepu Sidi

PAKAN: Seorang lelaki warga emas dari Rumah Langkau, Nanga Labah, Jagoi Pakan dilaporkan hilang di Sungai Julau dekat sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng berkata mangsa hilang dikenali Ukat Abon, 75.

“Balai Polis Daerah Julau menerima panggilan jam 4.30 petang kelmarin daripada seorang tuai rumah yang memaklumka­n kehilangan mangsa.

“Berdasarka­n laporan polis, dimaklumka­n mangsa keluar dari rumah panjang untuk pergi ke pekan Pakan.

“Namun, penemuan perahu milik mangsa hanyut dari lokasi ia sering ditambat merisaukan penduduk kemungkina­n mangsa terjatuh ke dalam sungai,” katanya di sini semalam.

Berikutan itu, polis memohon kerjasama bomba melan- carkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) terhadap mangsa.

“Sehingga jam 5 petang tadi (semalam) SAR mencari mangsa melibatkan bomba Bintangor, polis dan penduduk kampung belum menemui sebarang petunjuk,” jelasnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata berdasarka­n laporan keluarga mangsa dipercayai terjatuh dan dibawa arus deras Sungai Julau berhampira­n Rumah Unsa, Jagoi, Pakan.

“Andaian itu dibuat keluarga mangsa berdasarka­n penemuan perahu mangsa yang hanyut dan tersangkut kira-kira 50 meter dari lokasi perahu mangsa ditambat.

“Beberapa barangan milik mangsa seperti pakaian dan barangan peribadi lain turut ditemui dalam perahu dan di tebing sungai,” katanya.

Tambahnya, tanggapan kehilangan mangsa dibawa arus Sungai Julau dikuatkan lagi dengan faktor penemuan selipar milik mangsa di tebing sungai.

“Sekiranya mangsa belum ditemui hari ini (semalam) operasi SAR disambung hari berikutnya,” kata beliau.

Namun, penemuan perahu milik mangsa hanyut dari lokasi ia sering ditambat merisaukan penduduk kemungkina­n mangsa terjatuh ke dalam sungai. DSP Bidol Noyeng Ketua Polis Daerah Julau

 ??  ?? AMBIL MAKLUMAT: Nicholas mendapat maklumat daripada penduduk berkaitan dengan kehilangan Ukat Abon, 75.
AMBIL MAKLUMAT: Nicholas mendapat maklumat daripada penduduk berkaitan dengan kehilangan Ukat Abon, 75.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia