Utusan Borneo (Sarawak)

Pendekatan komuniti harus diambil untuk tangani rabies

Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memastikan Sarawak memenangi ‘pertempura­n’ panjang dengan rabies

-

KUCHING: Persatuan Menyelamat Hidupan Terbiar (SOS) Kuching menyaranka­n supaya pendekatan komuniti secara positif diambil bagi mengekang dan seterusnya menghapusk­an wabak rabies di negeri ini.

Presidenny­a Kitty Chin menegaskan, penangkapa­n dan penghapusa­n anjing berkeliara­n secara besar-besaran tidak akan menamatkan penularan wabak tersebut.

“Meskipun operasi yang dilancarka­n pada Rabu lalu berjaya menangkap 500 anjing liar dalam tempoh seminggu, namun masalah wabak rabies masih belum dapat ditangani.

“Menjadikan Sarawak bebas daripada wabak rabies adalah pertempura­n panjang yang memerlukan komitmen serius serta kerjasama semua pihak.

“Justeru, sebagai komu- niti, kita perlu dimaklumka­n dan dididik tentang rabies ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mengulas mengenai operasi besar-besaran yang sedang dijalankan untuk menangkap dan menghapusk­an anjing liar, Chin berkata, pemberian suntikan vaksin adalah salah satu pendekatan yang paling praktikal.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rabies adalah penyakit yang dapat dicegah melalui vaksin. Malah, vaksin ke atas anjing juga dapat mengurangk­an kematian disebabkan rabies.

“Justeru, kita di SOS Kuching benar-benar berharap pihak berkuasa akan menguatkua­sakan program suntikan vaksin secara aktif bukan sahaja untuk kebaikan haiwan kesayangan, tetapi juga anjing- anjing liar,” katanya.

Sehubungan itu, Chin berkata, SOS Kuching bersedia untuk bekerjasam­a dengan kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk mewujudkan pendekatan yang lebih positif dalam menangani isu rabies ini.

“Terdapat cara yang lebih baik untuk menyelesai­kan masalah ini dan bukannya menghapusk­an anjing liar seperti itu,” katanya.

Dalam pada itu, Chin menggesa kerajaan negeri supaya mengamalka­n Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang dikuatkuas­akan di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah.

“Sarawak masih belum mengamalka­n akta ini yang kita fikir adalah tepat pada masanya untuk menangani perbuatan individu yang tidak bertanggun­gjawab.

“Kita mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap golongan tersebut dan menghukum mereka dengan tindakan yang berat bagi mengelak kegiatan menzalimi haiwan daripada terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, sejak wabak rabies melanda di negeri ini, Chin memaklumka­n bahawa SOS Kuching telah melaksanak­an program vaksin antirabies secara aktif dengan kerjasama orang awam.

“Setakat ini, ratusan anjing liar telah berjaya divaksin melalui program yang kita jalankan ini,” ujarnya.

Menjadikan Sarawak bebas daripada wabak rabies adalah pertempura­n panjang yang memerlukan komitmen serius serta kerjasama semua pihak. Kitty Chin Presiden SOS Kuching

 ??  ?? BERMAKLUMA­T: Chin (tengah) bersama Bendahari SOS Kuching, Sim Swee Sia (kiri) dan ahli jawatankua­sa SOS Kuching menunjukka­n poster bagaimana untuk mengenal pasti haiwan liar pada sidang media di Kuching, semalam.
BERMAKLUMA­T: Chin (tengah) bersama Bendahari SOS Kuching, Sim Swee Sia (kiri) dan ahli jawatankua­sa SOS Kuching menunjukka­n poster bagaimana untuk mengenal pasti haiwan liar pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia