Utusan Borneo (Sarawak)

Beri penjelasan tempoh 48 jam anjing ditahan: SOS Kuching

-

KUCHING: Persatuan Menyelamat Hidupan Terbiar (SOS) Kuching menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk memberi penjelasan berhubung tempoh 48 jam penahanan ke atas anjing yang ditangkap.

Gesaan itu dibuat susulan aduan mengenai penghapusa­n anjing sebelum tamat tempoh penahanan.

Presidenny­a Kitty Chin menegaskan kumpulan sukarelawa­n itu menerima banyak aduan mengenai anjing yang mempunyai pemilik telah dihapuskan sebelum tamat tempoh penahanan, selain pertanyaan mengenai tempat untuk menuntut anjing mereka.

“Tidak ada butiran spesifik yang diberikan terutamany­a lokasi di mana anjiing-anjing itu disimpan dan anjing yang boleh dituntut. Ramai orang bertanya kepada kami mengenai perkara ini yang kami juga tidak pasti,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

“Apa yang lebih penting, kami mahu pihak berkuasa memberi jaminan dan penjelasan tentang sejauh mana tempoh 48 jam penahanan ke atas anjing yang ditangkap itu sebenarnya.

“Ini kerana ramai orang da- tang mengadu kepada kami bahawa apabila mereka menuntut anjing dalam tempoh tersebut, didapati haiwan mereka telah dihapuskan dengan menggunaka­n suntikan,” kata beliau.

Operasi menangkap anjing berkeliara­n secara besar-besaran sedang giat dijalankan sejak 3 Januari lalu sebagai tindak balas terhadap peningkata­n jumlah gigitan anjing yang dilaporkan, dalam usaha mengekang penyebaran rabies di negeri ini.

Terdahulu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri telah memaklumka­n bahawa anjing yang ditangkap akan disimpan selama 48 jam sebelum dihapuskan dan pemilik harus menuntut anjing mereka dalam tempoh tersebut.

Mengenai komen ganas di laman Facebook SOS Kuching, Chin berkata, pihaknya tidak pernah menggalak serta membenarka­n sebarang tindakan haram seperti tindakan protes, ancaman ataupun keganasan daripada orang awam.

“Kami tidak menyedari komen-komen negatif yang dibuat dalam Facebook kami (SOS Kuching) oleh manamana pencinta haiwan atau orang awam yang kecewa dan tidak setuju dengan operasi besar-besaran untuk menangkap dan menghapusk­an anjing berkeliara­n yang tidak dituntut ini,” jelasnya.

Menurut Chin, laman Facebook SOS Kuching merupakan platform untuk orang ramai mendapatka­n maklumat serta memberi pandangan mengenai haiwan mereka.

Tambahnya, persatuan itu tidak mempunyai bangunan atau tempat perlindung­an mahupun pejabat rasmi dan semua ahlinya adalah terdiri sukraelawa­n yang mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam pada itu, Chin berkata, terdapat keperluan untuk memaklumka­n dan mendidik orang ramai mengenai anjinganji­ng berkeliara­n memakai kolar plastik berwarna di mana ia membuktika­n bahawa anjing itu sihat dan telah menjalani program TNVR (Trap, Neuter, Vaccinate and Release).

“Justeru, kita mahu orang ramai berhenti membuat aduan kepada majlis atau pihak berkuasa tempatan mengenai kehadiran anjing-anjing ini di kawasan kejiranan mereka kerana ia tidak mendatangk­an bahaya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia