Utusan Borneo (Sarawak)

Buah-buahan tempatan tarikan tambahan TMM 2018

-

MIRI: Miri ‘dibanjiri’ buahbuahan tempatan seperti durian, langsat, manggis serta buah lain merupakan satu permulaan yang baik untuk Tahun Melawat Miri (TMM) 2018.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata, buah- buahan tempatan merupakan satu lagi tarikan tambahan kepada para pelancong dalam dan luar negara melawat Miri.

“Ramai pelancong datang ke sini untuk merasai keenakan dan kesegaran buah-buahan tempatan.

“Justeru mempunyai banyak buah-buahan tempatan ini merupakan satu perkara yang baik untuk pelanconga­n,” katanya semasa merasmikan Tamu Durian Street di Emart Riam, semalam.

Pada majlis tersebut, Adam memuji inisiatif Emart Riam menyediaka­n tempat berniaga secara percuma kepada penjual-penjual buahan tempatan.

“Saya percaya ini langkah yang baik untuk membantu penjual buah-buahan tempatan menjual produk mereka.

“Orang awam yang datang membeli-belah ke sini boleh membeli buah-buahan tanpa perlu ke tempat lain,” kata Adam.

Sementara itu, eksekutif kanan pemasaran dan promosi Emart Riam Wilson Wong berkata, seramai 15 penjual buah menyertai promosi Tamu Durian Street yang dibuka sehingga Mac depan.

“Mereka merupakan penjual buah-buahan dari Mamut, Bakong, Marudi, Batu Niah dan Bekenu. Kita menyediaka­n tempat ini percuma agar mereka dapat menjual buah-buahan dengan lebih murah,” katanya penjualan buah-buahan terus diadakan selagi ada.

Antara buah yang dijual di Tamu Durian Street ialah pelbagai jenis durian termasuk Musang King, rambutan, langsat dan manggis.

 ??  ?? KEGEMARAN RAMAI: Adam (kiri), Wong (dua kanan) bersama kakitangan Emart Riam yang lain menunjukka­n durian yang dijual di salah satu gerai di Tamu Durian Street.
KEGEMARAN RAMAI: Adam (kiri), Wong (dua kanan) bersama kakitangan Emart Riam yang lain menunjukka­n durian yang dijual di salah satu gerai di Tamu Durian Street.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia