Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan lebih berani perlu lerai kemelut parti komponen BN negeri

-

KUCHING: Kemelut parti komponen Barisan Nasional ( BN) negeri dengan parti serpihanny­a hanya akan dapat dilerai dengan tindakan lebih berani.

Penganalis­is politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, kedua-dua pihak yang berbalah harus menerima dengan terbuka apa sahaja formula atau keputusan bagi mencapai penyelesai­an muktamad.

Namun, katanya, meletakkan calon langsung BN bukanlah langkah penyelesai­an dalam menghadapi pilihan raya.

“Saya beranggapa­n sejak dahulu lagi bahawa calon langsung tidak relevan dalam penyelesai­an kerana ia umpama ‘pil panadol’ iaitu hanya dapat meredakan sakit sementara.

“Namun, ia bukan jalan muktamad atau cara terbaik menyelesai­kan kemelut antara SUPP dan parti serpihanny­a UPP dan antara PDP dan serpihanny­a, TERAS,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Jeniri menegaskan, antara penyelesai­an muktamad adalah mengambil tindakan berani di mana kedua-dua pihak berbalah menerima keputusan walaupun ia pahit.

Katanya, parti berkaitan perlu menerima dengan ikhlas untuk berkorban kerana jika tidak masalah tidak dapat diselesaik­an.

“Persoalann­ya di sini, sampai bila BN Sarawak berterusan dalam menyelesai­kan kemelut antara parti.

“Setiap kali menjelang pilihan raya Sarawak perlu menghadapi perkara yang sama dan tidak pernah diselesaik­an... tetapi sejauh mana dan sampai bila?” kata Jeniri.

Baru- baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kepada SUPP untuk menyelesai­kan perbalahan­nya bersama UPP sebelum PRU14.

Katanya, sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN), beliau percaya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg mempunyai formula untuk menyelesai­kan perkara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia