Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen, spekulasi dianggap lebih penting pada zaman Pasca Kebenaran: Jeniri

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Barisan Nasional ( BN) tidak harus mengabaika­n kepentinga­n media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika tidak mahu apa yang berlaku pada PRU 2008 berulang lagi.

Penganalis­is politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, media sosial kini memainkan peranan yang jauh penting dan dominan berbanding media cetak.

Menurutnya, pada zaman Pasca Kebenaran sekarang, sentimen dan spekulasi dianggap lebih penting dalam masyarakat secara tersirat.

“Pada PRU 2008 kita semua tahu BN telah mengalami kemerosota­n kerusi dan salah

Pada PRU 2008 kita semua tahu BN telah mengalami kemerosota­n kerusi dan salah satu faktor menyumbang kegagalan berkenaan kerana mereka mengabaika­n kepentinga­n media sosial.

satu faktor menyumbang kegagalan berkenaan kerana mereka mengabaika­n kepentinga­n media sosial.

“Sebaliknya pembangkan­g menggunaka­n media sosial untuk menyerang BN yang telah menyaksika­n corak pengundian berpihak kepada pembangkan­g,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Bagaimanap­un, kata Jeniri, kini sedikit perubahan pendekatan diambil BN dalam menghadapi PRU14 dengan melancarka­n portal theRakyat.

Beliau menegaskan, media sosial tidak dapat dinafikan jauh lebih penting dan dominan berbanding media cetak kerana kepantasan maklumat yang diterima rakyat.

Tambahan pula, katanya, banyak kumpulan WhatsApp diwujudkan oleh rakyat sebagai wadah berita termasuk berita politik seperti isuisu BN mahupun Pakatan Harapan.

“Pada saya paling penting pada zaman Pasca Kebenaran ini, semua pihak atau peng- undi khasnya untuk tidak harus mudah ‘menelan’ berita yang diterima bulat-bulat.

“Mereka seharusnya belajar daripada pengalaman atau menapis berita diterima terutama ‘berita palsu’ yang dihantar.

“Pada PRU kali ini tidak dinafikan akan ada pembangkan­g yang cuba memanipula­sikan fakta demi mencapai agenda dan kepentinga­n politik mereka,” kata Jeniri.

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarka­n kecenderun­gan media sosial ia memberi impak besar kini memandangk­an diakses bukan sahaja golongan muda tetapi mereka yang berusia 40 tahun dan keatas.

“Ini kerana media sosial mudah diakses yang bukan setakat mendapat maklumat pantas tetapi juga percuma kepada mereka,” katanya.

Profesor Madya Dr Jeniri Amir Penganalis­is politik dan Pensyarah Kanan UNIMAS

 ??  ?? JENIRI
JENIRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia