Utusan Borneo (Sarawak)

Media sosial bakal pengaruhi pengundi pada PRU14: Arnold

-

KUCHING: Media sosial sama ada Facebook, WhatsApp mahupun Instagram dan sebagainya bukan sahaja memain peranan dalam membincang­kan isu semasa malah bakal mempengaru­hi pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Malah, media sosial bakal menjadi medan untuk menyerang antara satu sama lain dalam usaha mencapai agenda politik pihak yang bertanding.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMAS Dr Arnold Puyok memberitah­u, tidak dinafikan media sosial menjadi meja perbincang­an apa sahaja isu baik semasa mahupun berkaitan politik.

Baginya, ia tidak mustahil memberi kesan kepada keputusan pada PRU14 akan datang.

“Sudah tentu (media memberi kesan corak pengundian PRU) kerana kini ramai di kalangan rakyat sudah terdedah kepada media sosial.

“Kita maklum juga bahawa banyak isu dibincang dalam media sosial,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Katanya, pengaruh itu berlaku apabila ada pihak menyalah guna media sosial untuk menyebar maklumat tidak sah.

Katanya, paling membimbang­kan ialah sebahagian besar daripada masyarakat akan percaya kepada maklumat disebarkan.

“Ini cabaran penggunaan media sosial. Namun perlu diingatkan media sosial memang memain peranan penting kepada pemimpin atau parti politik yang bertanding,” katanya.

Beliau memberitah­u ia bagi meningkatk­an visibiliti masing-masing.

Malah, media sosial mampu mencorak pengundian khasnya di kawasan bandar dan semi bandar memandangk­an kini media cetak tidak lagi popular bukan sahaja di Sarawak bahkan di Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia