Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha Wanita PBB Santubong anjur Program ‘Jom Mendaftar’ dipuji

-

SANTUBONG: Usaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Santubong untuk menganjurk­an Program Jom Mendaftar dengan melibatkan pendaftara­n keahlian parti itu dan pendaftara­n pengundi adalah permulaan yang sangat baik.

Demikian kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar, Dr Abdul Rahman Junaidi semasa berucap dalam program Jom Mendafar 2018 yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong di sini, semalam.

Memuji program itu, Dr Abdul Rahman menyaranka­n kesemua 41 jawatankua­sa peringkat ranting PBB dalam kawasan Pantai Damai supaya mengadakan inisiatif yang sama.

“Menerusi program ini, kita berusaha untuk mengajak seramai yang boleh anak-anak muda untuk didaftarka­n sebagai ahli PBB dan masa yang sama, mendaftar sebagai seorang pengundi.

“Inisiatif seperti ini amat digalakkan sebagai persediaan kita untuk menghadapi pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai mencadangk­an agar program itu terus menyediaka­n ruangan pendaftara­n pengundi untuk golongan yang layak.

“Ini kerana kita mahu pastikan semua anak muda dapat didaftarka­n sebagai pengundi selain menjadi ahli dalam PBB Pantai Damai.

“Oleh itu, saya mahu semua jawatankua­sa peringkat ranting PBB ini untuk menjalinka­n kerjasama dengan agensi berkaitan dalam memudahkan orang ramai untuk mendaftar menjadi pegundi,” ujarnya.

Setakat ini, beliau berkata, PBB Pantai Damai berjaya mendaftark­an seramai 16,240 ahli PBB.

“Sementara 18,350 adalah jumlah bilangan pengundi yang berdaftar pada tahun lalu. Jadi, saya berharap agar kita dapat meneruskan usaha untuk me- nambah bilangan ahli PBB demi kesinambun­gan kepemimpin­an parti itu pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu, lebih 200 penduduk dari kawasan Kampung Santubong menyertai Program Jom Mendaftar yang berlangsun­g selama sehari.

Hadir sama, Ketua Wanita Cawangan N.4 Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman dan Ketua Wanita PBB Ranting Santubong Halimatun Aliffah Mustafa.

 ??  ?? LAWAT PAMERAN: Dr Abdul Rahman mengunjung­i kaunter pendataran PBB semasa Program ‘Jom Mendaftar 2018’ yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong, semalam.
LAWAT PAMERAN: Dr Abdul Rahman mengunjung­i kaunter pendataran PBB semasa Program ‘Jom Mendaftar 2018’ yang berlangsun­g di Dewan Masyarakat, Kampung Santubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia