Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan konsep punca projek stabil tebing Sungai Tambirat sedikit terganggu

-

KUCHING: Pemilihan antara konsep ‘gabion’ atau ‘sheet pile’ menyebabka­n pelaksanaa­n Projek Penstabila­n Tebing Sungai Tambirat, Asajaya sedikit terganggu sebelum ini.

Projek tersebut yang diluluskan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada tahun lepas merupakan lokasi kejadian tanah runtuh di kampung berkenaan kelmarin.

Projek RM5 juta dilulus menggunaka­nperuntuka­nJabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Butiran Pemulihara­an Sungai Atasi Risiko Banjir.

Kelulusan itu ekoran surat permohonan daripada Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang pada awal 2017, disusuli lawatan Wan Junaidi ke lokasi.

“Reka bentuk projek itu siap pada Oktober 2017 namun ada percanggah­an pendapat antara Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n(JKKK)Kampung Tambirat dan wakil rakyat tentang pelan tersebut.

“JKKKmintak­onsep‘gabion’ tapi wakil rakyat minta konsep ‘sheet pile’,” katanya menerusi kenyataan media.

Kemahuan dua pihak tersebut menyebabka­n JPS tidak dapat menentukan konsep yang hendak digunakan, dan JPS meminta agar diselesaik­an sebelum hujung Januari.

“Sekiranya pelan dapat diluluskan pada Januari, JPS akan membuka tender projek pada Februari ini,” katanya.

Rentetan insiden tanah runtuh kelmarin, Wan Junaidi semalam meluluskan serta-merta Projek Kecemasan Baik Pulih Tanah Runtuh Tebingan Kampung Tambirat dengan kos awal RM1 juta.

Sehubungan itu, JPS semalam memulakan kerja-kerja projek kecemasan.

Setiausaha Politik Wan Jun- aidi, Datuk Seri Syed Hamzah Syed Paie semalam mewakili menteri meninjau pelaksanaa­n kerja-kerja, disertai Rubiah.

Beliau, bagi pihak Wan Junaidi, mengumumka­n Projek Induk Menyelamat­kan Tebingan Kampung Tambirat bernilai RM5 juta akan ditender pada Februari dan dijangka mula dilaksanak­an pada April ini.

 ??  ?? DI LOKASI: Hamzah (dua kanan) meninjau pelaksanaa­n kerja-kerja kecemasan di Kampung Tambirat.
DI LOKASI: Hamzah (dua kanan) meninjau pelaksanaa­n kerja-kerja kecemasan di Kampung Tambirat.
 ?? — Gambar Internet ?? ‘GABION’: Contoh projek yang menggunaka­n ‘gabion’ sebagai benteng hakisan tebing sungai.
— Gambar Internet ‘GABION’: Contoh projek yang menggunaka­n ‘gabion’ sebagai benteng hakisan tebing sungai.
 ?? — Gambar Internet ?? ‘SHEET PILE’: Contoh benteng hakisan tebing sungai menggunaka­n ‘sheet pile’.
— Gambar Internet ‘SHEET PILE’: Contoh benteng hakisan tebing sungai menggunaka­n ‘sheet pile’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia