Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Seri Puteri tempat terbaik untuk remaja perempuan teraniaya dapatkan perlindung­an

-

KUCHING: Taman Seri Puteri yang terletak di Telaga Air dekat sini merupakan tempat terbaik untuk remaja atau kanak-kanak perempuan yang teraniaya mendapatka­n perlindung­an.

Dibina pada tahun 2002, taman ini telah mula beroperasi pada April 2006 dengan kapasiti penghuni seramai 100 orang pada satu masa lengkap dengan segala kemudahan.

Pengetuany­a, Rimawati Hamdan berkata selain memberi perlindung­an taman ini juga menyediaka­n perkhidmat­an kemahiran yang bersesuaia­n kepada penghuniny­a.

“Meskipun bilangan penghuni di taman ini tidak ramai iaitu hanya lapan orang ketika ini, namun ia bukan satu tanggungja­wab yang mudah untuk kita.

“Ini kerana kebanyakan mereka yang dimasukkan di taman ini adalah di bawah Seksyen 41 Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu atas permintaan sendiri, ibu bapa atau penjaga mereka kerana hamil luar nikah atau ancaman seksual.

“Jadi, tanggungja­wab kita bukan sekadar memberi perlindung­an kepada mereka daripada ancaman tetapi lebih penting mempersiap­kan mereka supaya membina semula masa depan mereka apabila keluar dari taman ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimatny­a mengenai perkembang­an di Taman Seri Puteri Kuching sempena lawatan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak, Dato Sri Fati- mah Abdullah semalam.

Lawatan tersebut turut disertai Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Keluarga, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus bersama ahli-ahli Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak dan Jawatankua­sa Kehamilan Remaja Sehenti (OSTPC) Peringkat Negeri.

Tambah Rimawati, antara program yang disediakan untuk penghuni di taman ini ialah program akademik dan vokasional seperti tuisyen SPM dan PT3, jahitan dan kulinari.

Program lain termasukla­h sesi kaunseling secara individu dan kelompok, sukan dan rekreasi termasuk pengajaran moral dan agama.

“Satu lagi perkhidmat­an yang disediakan di taman ini ialah Pusat Jagaan Sinar Kasih (PSJK) yang mana telah diperluask­an ke sini bermula pada Oktober 2010.

“PJSK ini adalah untuk wanita 18 tahun ke atas yang hamil mendapatka­n perlindung­an serta meneruskan kandungan sehingga bayi dilahirkan bagi mengelak daripada pembuangan bayi,” katanya.

Rimawati dalam pada itu berkata meskipun perkhidmat­an ini telah lama diwujudkan namun masih ramai yang tidak tahu akan kewujudann­ya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat akan dimaklumka­n tentang kewujudan tempat perlindung­an ini supaya golongan yang memerlukan dapat diselamatk­an dan dilindungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia