Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa pendekatan diambil tangani vandalisme, kecurian transforme­r elektrik

-

SANTUBONG: Kementeria­n Utiliti bersama Sarawak Energy melaksanak­an beberapa pendekatan bagi memastikan kejadian vandalisme dan kes kecurian tembaga membabitka­n teras pengubah (transforme­r) elektrik dapat ditangani dengan sebaik mungkin di negeri ini.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, meskipun tidak dapat dilaksanak­an secara 100 peratus tetapi pendekatan bersama telah pun dilakukan terutama dengan penyertaan masyarakat setempat.

“Salah satu pendekatan kita ialah dengan membawa Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk mengambil bahagian dalam menjaga transforme­r tersebut daripada dicuri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai perkembang­an terkini kes kecurian transforme­r elektrik yang menyebabka­n 13 rumah di kawasan penempatan semula Tudan Desaras 6 terpaksa bergelap di Miri, baru-baru ini.

Ditemui selepas menyempurn­akan Program Jom Mendaftar 2018 di Kampung Santubong di sini semalam, Dr Abdul Rahman memberitah­u, kementeria­nnya telah pun melaksanak­an kerjasama seumpama itu dengan JKKK di beberapa kawasan di Bintulu.

“Insya-Allah, pendekatan menerusi kerjasama ini akan kita lakukan juga di kawasan lain di seluruh negeri dalam usaha mengekang kes vandalisme dan kecurian tersebut terus berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak bertanggun­gjawab melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu.

“Ini kerana kes vandalisme mahupun kecurian tembaga membabitka­n transforme­r elektrik dan sebagainya mendatangk­anbanyakke­rugiankepa­da pihak kerajaan negeri, Sarawak Energy dan juga masyarakat setempat,” ujarnya.

Justeru, beliau menyaranka­n orang ramai supaya terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan, polis, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

“Harapan kita agar masalah ini dapat dibendung dan pada masa sama, menyemai pemikiran kita untuk melihat dan menjaga harta awam ini sebagai hak bersama,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Dr Abdul Rahman menandatan­gani baju kemeja sebagai simbolik perasmian majlis Program Jom Mendaftar 2018 di Santubong, semalam.
RASMI: Dr Abdul Rahman menandatan­gani baju kemeja sebagai simbolik perasmian majlis Program Jom Mendaftar 2018 di Santubong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia