Utusan Borneo (Sarawak)

Amer akan mengadakan perjumpaan dengan semua ketua polis daerah untuk membincang­kan mengenai PRU14

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Polis Sarawak berada di peringkat persediaan akhir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan semua ketua polis daerah untuk membincang­kan mengenai PRU14 akan datang.

“Sekarang, saya perlu memastikan jawatan ketua polis daerah di beberapa tempat diisi sebelum menjelang pilihan raya nanti,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit dan penggantin­ya ACP Stanley Jonathan Ringgit

Sekarang, saya perlu memastikan jawatan ketua polis daerah di beberapa tempat diisi sebelum menjelang pilihan raya nanti.

pagi semalam.

Amer berkata, daerah terbabit termasuk Meradong, Lubok Antu dan Saratok dan ketua polis daedahdaer­ah tersebut masih dalam proses perpindaha­n.

Sementara itu, Stanley, 56, dalam ucapannya berkata beliau bersedia menjalanka­n semua tugas diamanahka­n untuk kesejahter­aan dan keamanan komuniti di sini.

Berasal dari Saratok, beliau pertama kali berkhidmat di Kuala Lumpur selama 17 tahun.

“Saya pernah ditugaskan di Kanowit beberapa tahun dan kerap kali menghadiri mesyuarat bulanan di IPD Sibu.

“Selepas itu, saya dipindahka­n ke Bintulu sebelum menjawat tugas Timbalan Ketua Polis di Miri sebelum datang ke sini,” katanya.

Manakala, Zailanni yang memegang jawatan Ketua Polis Daerah Sibu selama tiga bulan dan 18 hari mengucapka­n terima kasih kepada kakitangan­nya kerana melaksanak­an tugas dengan baik dalam menjaga keselamata­n bandar ini.

“Saya harap semua anggota bekerja keras untuk meneruskan momentum serta memperting­kat prestasi di bawah ketua baharu.

“Saya juga ingin melahirkan penghargaa­n kepada pengamal media membantu menyerlahk­an kejayaan polis,” katanya.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar serta ketua- ketua polis daerah.

Datuk Amer Awal Pesuruhjay­a Polis Sarawak

 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Amer (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas di antara Zailanni dan Stanley (kiri), semalam.
SELAMAT MAJU JAYA: Amer (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas di antara Zailanni dan Stanley (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia